Friday, December 7, 2007

Pengenalan PLKN


Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dilaksanakan pada 16 Februari 2004. Idea untuk mengadakan ‘Kerahan Tenaga’ dicetuskan di dalam Kongres Patriotisme Negara pada 24 Oktober 2002 yang dihadiri oleh pelbagai golongan masyarakat termasuklah orang individu, pelajar, tokoh, pesara, ahli korporat, ahli akademik, Polis di Raja Malaysia, Angkatan tentera Malaysia, badan berkanun, ketua jabatan kerajaan, pegawai kanan kerajaan, ahli dewan negara, ahli dewan rakyat (dari kerajaan dan pembangkang), setiausaha parlimen, timbalan menteri, menteri dan menteri besar. Peserta kongres mahu kerajaan melaksanakan program ‘kerahan tenaga’ ini untuk menyediakan golongan muda bagi menghadapi cabaran dari dalam dan luar negara, menangani perubahan-perubahan seperti teknologi baru, globalisasi, desakan badan bukan kerajaan antarabangsa yang ‘tidak demokratik’ dan lain-lain; menanam semangat kesukarelaan kepada golongan muda memandangkan terdapatnya perkaitan antara ketiadaan sikap kesukarelaan dengan keadaan persatuan-persatuan yang ‘terkubur’; menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum memandangkan usaha yang sama melalui sekolah dan institusi pengajian tinggi adalah kurang berjaya, kerana masih ada golongan yang mahu memisahkan anak muda mengikut kaum. Peserta kongres menganggap program ini dapat mempertingkatkan semangat patriotisme golongan muda yang merupakan aset negara. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kerahan Tenaga (JKMKT) telah ditubuhkan pada 30 Oktober 2002. JKMKT telah mendapatkan maklumbalas daripada rakyat dan membuat berbagai perbincangan dengan persatuan dan pertubuhan sebelum keputusan dibuat tentang pelaksanaan program ini.

OBJEKTIF PLKN
1. Menanam semangat patriotisme dan cintakan negara di kalangan generasi muda atau remaja
Malaysia.
2. Mempertingkatkan perpaduan kaum serta integrasi nasional.

3. Membentuk perwatakan positif melalui penerapan nilai-nilai murni, dan
4. Menanam semangat kesukarelaan di kalangan remaja.

KONSEP PLKN
1. Berteraskan Rukun Negara.
2. Penyertaan yang menyeluruh melibatkan lelaki dan wanita dari berbagai kaum.
3. Penyertaan diwajibkan dan tiada pengecualian melainkan atas sebab-sebab kesihatan yang
diiktiraf oleh doktor/hospital kerajaan.
4. Umur peserta di antara 16 hingga 35 tahun . Buat masa ini kerajaan memutuskan penyertaan
bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau seusia dengannya.
5. Jangkamasa program latihan tidak melebihi daripada enam (6) bulan.
6. Kurikulum dibentuk dengan mengambilkira kepelbagaian kaum.
7. Melibatkan semua agensi kerajaan, swasta dan NGO.
8. Bukan berbentuk kerahan tenaga atau “Military Conscript”.
9. Mempunyai kurikulum yang berbagai disiplin.
10 Mempunyai imej tersendiri dari segi pakaian seragam, logo dan lagu. http://www.youtube.com/watch?v=xCQXLjK3RQs
11 Dilaksanakan di kem latihan secara berterusan selama tidak lebih daripada 90 hari (di dalam
PLKN Siri 1/2004 pelatih mengikuti Modul Fizikal di dalam kem dan Modul Kenegaraan,
Pembinaan Karakter dan Khidmat Komuniti di Institusi Pengajian Tinggi Awam).
12 Tidak mengandungi hukuman bersifat penderaan tetapi mengenakan hukuman untuk
mengajar.
13 Menyeronokan, berfaedah dan akan menjadi kenangan sepanjang masa.
14 Menjadi proses pembelajaran yang menarik minat serta berbentuk experiential.
15 Mengutamakan semangat muhibbah di dalam semua aktiviti yang dijalankan.
16 Bilangan pelatih bagi setiap kem ialah antara 300 – 400 orang (di dalam PLKN Siri 1/2004
seramai 680 – 720 orang pelatih berada di setiap kem).
17 Semua pelatih tinggal di dalam berek/blok kediaman dan tidak lagi dalam khemah seperti
semasa Siri 1/2004. Setiap berek akan didiami oleh 25 orang pelatih.
18 Diwujudkan Kumpulan Naziran untuk pemantauan. Setiap pasukan naziran di bawah Majlis
Latihan Khidmat Negara di peringkat negeri di seluruh negara dipengerusikan oleh seorang
anggota Majlis.
19 Memastikan pelatih tidak dibebankan dengan subjek-subjek yang telah dilalui di sekolah.
20 Mengurangkan kepadatan modul untuk disesuaikan dengan remaja lepasan sekolah.
21 Arah tuju dan tindakan selanjutnya mengenai Khidmat Negara akan diambil berasaskan kepada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri

4 comments:

Blog Modul Kenegaraan & Khidmat Komuniti said...

Malaysia adalah sebuah negara yang maju dan makmur. Keamanan yang dikecapi dan keharmonian hidup pelbagai kaum di bumi bertuah ini menjadikan Malaysia ikon terbaik dan dihormati.
Demi melahirkan generasi yang berwawasan dan berdisiplin, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) telah diperkenalkan khusus untuk menyemarakkan lagi perasaan cinta dan sayangkan negara. Berlandaskan pemupukan semangat patriotisme serta jalinan integrasi nasional yang harmonis program ini diadunkan dalam usaha mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat berterusan dan kekal utuh.
Ia dijalankan dengan menyatupadukan kumpulan generasi muda yang dibesarkan dari latar belakang dan keturunan yang berbeza, dengan hasrat dapat membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, yakin diri dan dilengkapi sikap luhur yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.

Blog Modul Kenegaraan & Khidmat Komuniti said...

( Rujukan )
BAHAGIAN PEMBANGUNAN LATIHAN
JABATAN LATIHAN KHIDMAT NEGARA
KEMENTERIAN PERTAHANAN
ARAS 8-10 MENARA TH SELBORN
153 JALAN TUN RAZAK
50400 KUALA LUMPUR

Unknown said...

proses-proses penubuhan?

Unknown said...

proses-proses penubuhan?