Sunday, November 23, 2008

TOT Di Bawah Bayu.






Baru-baru ini, Kursus Training Of Trainers telah diadakan di Kem Sinar Jaya Kota Belud, Sabah. Peserta seramai 35 orang terdiri daripada 9 lelaki dan 26 perempuan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran serta pengetahuan untuk menjadi seorang jurulatih MKN/KK.


Selama 12 hari berkursus, peserta telah diberi latihan amali dan praktikal seperti kefahaman LDK dan penguasaan KMM, Khidmat Komuniti, Pengucapan Awam, Team Building dan pemantapan jatidiri. Disini, apa yang boleh dibanggakan adalah semangat dan ketekunan yang telah ditunjukkan oleh peserta sepanjang kursus ini berlangsung.

Semoga ilmu yang ditimba bersama menjadi pegangan selamanya.
Terima kasih juga diucapkan kepada Fasilitator En Normi (KF), En Tarence Amandus (TKF), Pn Fauziah (S/U), En Dean dan En Hamzah serta dua orang urusetia yang sentiasa komited terhadap kursus ini Cik Nurol dan En Nebson.
Kepada Peserta, Trainers Team mengucapkan selamat maju jaya.

Tuesday, October 14, 2008

PLKN siri 6/2009, Persediaan, Pengukuhan dan Harapan..

Salam sejahtera buat semua jurulatih.
  1. Pertama sekali, Trainers Team mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri kepada semua jurulatih. Semoga lebaran kali ini dapat memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita dengan mengunjung serta saling ziarah menziarahi antara kita sempena ketibaan bulan yang penuh rahmat ini sekaligus meningkatkan lagi ikatan perpaduan antara kita yang sentiasa terjalin sejak dulu lagi.
  2. Yang keduanya, Trainers Team ingin merakamkan tahniah kepada semua Jurulatih yang telah menjayakan PLKN Siri 5/2008 dengan jayanya. Dan PLKN ini juga menjadi titik sejarah kerana kita semua dapat meraikan bulan Ramadhan di kem pada penghujung kumpulan 3 yang lalu dan ini mungkin membuatkan kita semua berasa seronok dapat menjalani ibadah puasa bersama, berterawih, tadarus Al Quran dan melakukan amalan-amalan yang mendatangkan kebaikan di bulan yang mulia ini.
  3. Trainers Team juga berasa bangga kerana ramai di antara jurulatih telah dilantik ke jawatan kontrak, janganlah pula ini dijadikan platform sebagai anda tidak perlu lakukan apa-apa tetapi ini merupakan suatu amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk anda bagi mencari kaedah dan cara yang berkesan untuk memperkasakan diri anda dalam arena PLKN agar falsafah utama perlaksanaan PLKN ini sentiasa diutamakan.
  4. Selepas Aidilfitri, kita semua akan kembali bekerja, melakukan rutin sebagai penjawat awam, namun bezanya cuma kita tidak melakukan sesi pengajaran kerana kita tidak mempunyai kemasukan pelatih lagi. Difahamkan kemasukan pelatih siri 6/2009 akan bermula pada akhir Disember 2008.
  5. Oleh yang demikian, kita mempunyai banyak masa yang terluang, namun bagaimana tugas kita sebagai jurulatih menggunakan masa yang terluang ini?
  6. Pada hemat Trainers Team, waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk melakukan ulangkaji bagi modul masing-masing. Terutama latihan In house training di dalam kem. Anda boleh bekerjasama dengan jurulatih modul lain dengan berkongsi ilmu berkaitan multi-skills dan begitu juga mereka. Gunakanlah waktu ini untuk berkongsi dan merasai pengalaman dengan ilmu-ilmu baru.
  7. Bagaimana untuk melakukan in house training? kami tidak mempunyai satu arahan dan sistem untuk melaksanakannya.. mungkin ini bermain di minda anda.
  8. Baiklah, pada hemat Trainers Team, adalah baik kita merancang fasa-fasa yang mengikut blok masa, sebagai contoh untuk Modul Pembinaan Karekter anda boleh melakukan semakan terhadap peralatan agar semua dalam keadaan yang baik dan membuat demanding untuk kemasukan kumpulan hadapan bagi fasa yang pertama.
  9. Untuk fasa yang kedua, anda boleh bekerjasama membuat carta-carta pengajaran dengan cemerlang, ini merupakan kaedah supaya dapat di standardise kan tiap kelas dan fasa ketiga apabila siap semua perkara mekanial barulah anda boleh lakukan latihan pengajaran atau training among trainer agar disini dapat melihat kembali kemahiran dan persiapan anda secara keseluruhan.
  10. Bagaimana pula modul Kenegaraan? Selepas selesai kesemua fasa dalam MPK, disini anda boleh merancang fasa perlaksanaan dalam Modul Kengaraan.
  11. Pada hemat Trainers Team, agak rumit untuk dijalankan LDK tanpa isu-isu baru yang berkait rapat dengan Konsep Negara (DKRT), Cabaran-cabaran negara kerana mungkin antara kita tidak didedahkan atau sikap kita yang memang tidak mengendahkan. Oops, awas! nanti anda dinilai oleh pelatih yang sudah makin genius.!
  12. Oleh yang demikian, disini disarankan pembahagian kumpulan jurulatih mengikut konsep Negara dan objektifnya, sebagai contoh konsep negara mengandungi 7 konsep. Jadi buat pecahan mengikut konsep. Jika kumpulan wujud, tugas kumpulan ini adalah mencari isu-isu berkaitan konsep. Isu -isu ini mestilah benar-benar ada rujukan! jangan mereka-reka, ambilah sedikit masa buat research dari pelbagai sumber.
  13. Jika research ini siap, mestilah ada pembentangan. Ingat kumpulan lain tidak sama tugasan! jadi pentingnya pembentangan ala-ala tutorial.(gunalah apa cara penyampaian pun..) Selepas itu, langkah seterusnya adalah menganalisa setiap isu-isu semasa tersebut untuk dipadankan dengan objektif setiap LDK.
  14. Setelah semuanya selesai, disini bolehlah didokumentasikan untuk diberikan kepada Jurulatih. (senangkan, tugas2 jurulatih MKN?), tetapi ingat anda semua, perjalanan kita masih jauh, apa pula selepas ini?
  15. Ya, fasa seterusnya barulah in house training atau training among trainers. Lakukan LDK dengan versi dewasa dan bukannya remaja atau kanak. atau seperti lakonan! (ini kerana pelatih akan lebih selesa bila dilayan seperti orang dewasa!).
  16. Tujuan LDK ini adalah untuk mempraktikkan KMM, sebab itu LDK ini perlu dilakukan versi yang sebenar kerana KMM ini terbentuk tindakan semulajadi (natural ) dan biasa kita semua amalkan dalam kehidupan.
  17. Ini hanyalah pendapat dari Trainers Team yang ingin dikongsi kerana Trainers Team lakukannya melalui pengalaman-pengalaman Trainers Team sebagai Fasilitator di pelbagai organisasi.
  18. Akhir sekali, Trainers Team ingin mengajak anda semua sebagai jurulatih, jangan letakkan diri anda sebagai jurulatih sahaja, anggaplah diri anda sebagai pendakwah yang menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran, anggaplah diri anda sebagai doktor yang bukan mengubat pesakit tetapi mengubat penyakit sosial. Anggaplah diri anda sebagai Saintis yang boleh mencipta vaksin yang mencegah penyakit sosial ini dari berlaku. Anggaplah diri anda ini sebagai arkitek yang bukan bina bangunan teguh, tetapi arkitek yang bina jati diri mantap untuk bangsa. Anggaplah diri anda sebagai seorang pencuci lantai yang bukan mengilatkan lantai tetapi mengilatkan sahsiah dan diri remaja. Jika ini semua anda lakukan nescaya bukan sahaja ganjaran dunia anda dapat bahkan ganjaran akhirat sedang menanti anda.
  19. Sebelum anda memantapkan orang lain, dengan siapa anda perlu mantapkan? Ya, diri ANDA!
  20. "Apabila matinya anak Adam, semua amalan, harta dan perkara di tinggalkan kecuali 3 amalan yang di bawanya iaitu; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat yang digunakan serta diamalkan oleh orang lain dan doa dari anak yang soleh". - maksud hadis
  21. Sekurang kurangnya anda lakukan perkara no 2 tersebut..
  22. Salam hormat.

Friday, September 12, 2008

SALAM RAMADHAN DAN AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
IKHLAS DARIPADA
MKN/KK TRAINERS TEAM

KURSUS FASILITATOR MKN/KK


Kursus Fasilitator (FC) ini telah diadakan di Kem Teluk Rubiah Manjung dan disertai seramai 60 orang pesrta yang terpilih dari kem PLKN. Kursus ini bertujuan untuk memilih mereka yang berkelayakan mengisi platform sebagai master trainer(FC) MKN/KK. Pengisian Kursus ini mendominasi pembelajaran LDK dan KMM yang lebih terperinci terutama penekanan objektif LDK itu sendiri seperti mana 36 LDK 7 Konsep yang terkandung dalam Modul. Pengisian Ilmiah berteraskan keutamaan dalam pembelajaran adalah LDK dan KMM, teamwork dalam aktiviti team building, komunikasi dalam Pengucapan awam dan penyampaian slide Kenegaraan. Modifikasi tingkah laku, Protokol dan etiket. Selain itu, penekanan sikap yang menjadi keutamaan dalam kursus ini amat dititik beratkan. Kebanyakan peserta mengakui kelemahan dan terlepas pandang sepanjang menjadi Jurulatih dan mereka berazam setelah tamat kursus ini mereka akan berusaha membaiki kelemahan melalui "in house training". Selain pendekatan ilmiah, mereka turut mempelajari teknik-teknik menilai sebagai seorang fasilitator melalui teori dan praktikal, yang menariknya terdapat juga peserta yang menilai ala-ala juri 'realiti show'. Apapun tahniah kepada semua. Diakhir kursus ini Ybgh Lt Kol Rosli Md Tahir Pen. Pengarah Kanan R&D sudi merasmikan majlis penutup dan menyampaikan hadiah kepada peserta yang berjaya antaranya Peserta keseluruhan terbaik, En Zainal.LDK terbaik, En Heng. KMM terbaik, En Muthu, (kemenangan perpaduan). Sekali lagi, tahniah kepada semua terutama Mej Roslan Al Mustafa di atas komitmen beliau mencetuskan Kursus ini, Barisan FC En Normi, En Rasid, Hj Zul, En Halimi, En Kay, Dean, Makchaq, kak Ani, Kak Gee (orang kuat) dan urusetia cemerlang En Nebson Randy.

Monday, September 8, 2008

Bengkel Fasi, Pengisian Dengan Harapan


Baru baru ini, beberapa orang fasilitator dijemput menyertai bengkel pengisian untuk Bengkel Fasilitator Modul Kenegaraan yang tujuan utamanya adalah mengambil pelapis - pelapis fasilitator yang bakal merencanakan modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti untuk bakal Jurulatih kelak. Pengisian yang diadakan di Kem Terkok Sg Siput pada 05hb-8hb Julai begitu asyik di kalangan Fasilitator manakan tidak, keindahan alam sekitar di kem tersebut membuatkan kami terasa tenteram dan segala apa yang dirancangkan berjalan seperti dirancang. Namun bukanlah suasana yang kami harapkan, tetapi apa yang lebih penting di sini adalah apakah pengisian yang boleh kami harapkan semasa bengkel Fasilitor berlangsung? macam2 kajian, penyelidikan dilakukan sepanjang tempoh 4 hari berlangsung.. apapun Alhamdulillah, semua berlaku apa yang di rancang. Cuma kami di barisan Fasi mengharapkan apa yang dirancang akan jadi Kenyataan apabila Bengkel Fasilitator di jalankan.
Kepada Ketua Penyelaras Mej Roslan B Al Mustafa TUDM, Kami di barisan Fasilitator mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi ruang dan peluang serta kepercayaan yang tinggi kepada kami. Tahniah juga kepada barisan fasi.

Thursday, July 31, 2008

TOT Kulim.

Serentak TOT di Balik Pulau, satu lagi TOT Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti juga berlangsung di Kem Bukit Besar Kulim pada 23hb Jun hingga 5hb Julai 2008. TOT ini disertai seramai 50 orang bakal jurulatih MKN/KK dan tamat dengan jayanya sebelum mereka beralih kepada TOT Pembinaan Karekter. Apa yang di harapkan dari Yg Bhg Mej Roslan selaku Ketua Penyelaras serta barisan Fasilitator, agar peserta pada kali ini komitmen kepada tugas apabila diterima kelak sebagai PPK s27. sesungguhnya untuk mereka, kami dibarisan teraju TOT Kulim hanya mengirimkan ungkapan semangat buat panduan para peserta disamping ilmu yang dicurahkan untuk survival anak bangsa. Azimat kata Hamka, "Sesungguhnya ramuan dari zat yang terbaik, haruslah ditekun cari agar dapat menghasilkan bunga yang mampu mengharumi taman.." semoga ilmu yang bermanfaat sentiasa di rahmati Allah SWT hendakNya.

Sekalung tahniah kepada Yg Bhg Mej Roslan B Al Mustafa TUDM, barisan Fasilitator.
En Normi KF, En Rasid TKF, Pn Fauziah S/U, Mak Chaq, En Dean, En Jailani, Tuan Hj Arip, Cik Fiza dan Urusetia yang banyak membantu, En Nebson dan En Nazri.

Tuesday, July 29, 2008

KURSUS KJ DI KEM TELUK SARI MERSING

Encik Nebson (nombor 3 dari kiri) bersama dengan dua orang Pengarah Kejurulatihan sedang berehat di Jeti Penyabong.

Satu peristiwa bersejarah telah berlaku pada tarikh 23 julai apabila seramai lebih 50 orang Pembantu Pegawai Kesatria atau Jurulatih telah melapor di Kem PLKN Teluk Sari, Mersing sehingga mengejutkan Encik Nebson (urusetia JLKN) untuk segera bekerja keras pada hari tersebut.
Ini merupakan Kursus Ketua Jurulatih Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti kali ketiga selepas kursus di Alor Gajah Melaka (2006), dan Chamang, Bentong, Pahang (2007); wah setahun sekali pulak, macam kursus tahunan aja.
Melihatkan kepada gambar-gambar di sini, kelihatannya kursus kali ini lebih menarik kerana ianya dijalankan di tepi pantai nan indah permai lagi saujana mata memandang.
Seramai lapan orang fasilitator telah menyumbangkan tenaga untuk kursus ini iaitu En. Normi (Ketua Fasi), E. Rasyid (TKF), Mejar (B) Baktiar, En. Dean (Sharifuddin), En. Halimi, Pn. Roaini, Pn. Fauziah (Gee), dan Pn Suriafarizan. Ketua Unit Modul Kenegaraan, Mejar Roslan turut bersama selama 4 hari.

Monday, July 7, 2008

TOT di sebalik pulau


TOT terbaru Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti di Kem PLKN White Resort, Balik Pulau, Pulau Pinang baru saja berakhir dengan jayanya. seramai 46 orang peserta telah terlibat; seramai 6 orang fasilitator dan 2 orang urusetia. kursus ini berlangsung dari 24 Jun sehinga 5 Julai 2008.

Tuesday, March 18, 2008

TAHNIAH

Braderjamal mendapat maklumat sebilangan besar rakan rakan pejuang penyambung warisan bangsa telah mendapat tawaran sebagai Jurulatih Multiskill. Sekalung tahniah diatas kepercayaan yang diberikan oleh Negara kepada rakan sekelian. Kepada yang belum menerima tawaran, harap bersabar insyallah rezeki akan muncul jua...braderjamal walaubagaimanapun tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab berkenaan..maka jadilah braderjamal insan diluar komuniti..namun perjuangan kita tetap sama...Harapan braderjamal agar rakan rakan dapat memaklumkan penempatan kem masing masing sebagai cara untuk mengeratkan saliturahim...

Monday, March 10, 2008

SENARAI NAMA PESERTA TOT

TOT KEM SEMARAK, PEKAN MAC 2008
( Harap semua peserta dan Fasilitator update maklumat ini...)

saksikan video clip nii....
http://www.youtube.com/watch?v=ngtKHRgKxgw ( inilah adik adik kita )


http://www.youtube.com/watch?v=tr6zoAQ14rI ( anak kecil mencari erti hidup)

http://www.youtube.com/watch?v=Kk9y9abQJMQ ( remaja dalam keinsafan )



  1. Azurah ABd Razak (ZURA) email : manjalara_heart80@yahoo.com
  2. Noor Hazelina Bt Che Hassan (LYNN) email : hazelhass@yahoo.com
  3. Suriawati Binti Awang (SURIA) email : msas_8f03@yahoo.com
  4. Siti Zamirah Binti Rusli (MIRA) email : zamira_rusli@yahoo.co.uk
  5. Norazila Binti Yusuf (ZILA) email : azila_usm@yahoo.com
  6. Siti Rodziah Binti Wahab (ROZY) email : akulernie_02@yahoo.com
  7. Umi Azra Binti Abdul Rashid (UMIE) email : mrk_sea@yahoo.com
  8. Norfazila Binti Ghazali (EILA) email : guminavo_2605@yahoo.com
  9. Siti Nazirah Bt Ab Wahab (NAD) email : naz_iera99@yahoo.com
  10. Jamaludin Ayub ( braderjamal ) email : modulkenegaraan@gmail.com
  11. Halimi Halil halimi_halil@yahoo.com
  12. Norhidayu Binti Harun (AYU) Hnorhidayu@yahoo.com
  13. (Yonz) Oryza85@yahoo.com
  14. Sarah Binti Zakaria (SARAH) szr_sarra@yahoo.com
  15. Zuraini Binti Mokhtar (ZUE) Aini_Zue@yahoo.com
  16. Siti Mariam Binti Esa (MARIAM) CTMARYA87@yahoo.com
  17. Azlina Binti Shamsudin p_gadek@nerallink.gov.y
  18. Fadhilatul Saadah Binti Ramli dlahftsr@yahoo.com
  19. Masjuliza Binti Maslan (JU) bebejuliz@yahoo.com
  20. Fatimah Binti Hamzah (IMAH) fatinbalqis_07@yahoo.com
  21. Siti Nurmafizah Binti Makhtar (NUR) nurhasmaf062@yahoo.com
  22. Siti Zulaiha Binti Abdullah (IKA) ctjuli@yahoo.com
  23. Aryana Mohd Ali (NANA) yana3001@yahoo.com
  24. Sabarina Binti Abdul Latif (INA) sabarinalatif@yahoo.com
  25. Noor Izzatul Azmilah Binti Abdul Rahman (ZATUL) izzatulniaz@yahoo.com
  26. Azman Bin Mohamad (MAN) ziccoganu@yahoo.com
  27. Asmidar Binti Abdul Rahim (AS) mirrr04_uum@yahoo.com
  28. Nor Mariana Binti Yusof (YANA) nurulhajaratul@yahoo.com
  29. Zamzalina Binti Roslan (EYN) akaliliamani2001@yahoo.com
  30. Nurmunira Binti Ahmad Jaki (IRA) ira_sagitarius84@yahoo.com
  31. Ismail Bin Md Alip (MAEL) mael_google@yahoo.com
  32. Roslan Bin Ghazali (LAN) roslangpc@yahoo.com
  33. Mohd Rizal Bin Ismail (RIZAL) riez_kbk84@yahoo.com
  34. Nordin Bin Sulaiman nordinsulaiman@hotmail.com
  35. Wan Mohd Nor bin Wan Ismail (WAN) serai_kayu@yahoo.com
  36. Eddy Azrul Kosnan (EDDY) sepat_siam14@yahoo.com
  37. Khairul Anuar Bin Khalid (KHAI) khairulanuarkhalid@yahoo.com
  38. Abdul Mutalib Bin Shaifudin (LIB) puteratimur13041@yahoo.com
  39. Mohd Nizam Bin Mohd Yusof (ZAM) punckbowee@yahoo.com
  40. Khaironizam bin Rohani (NIZAM) nizam_yassin@yahoo.com
  41. Muhammad Fadhli Jusoh (LI) putra_xiinanc@yahoo.com
  42. Mohd Zulkernain Bi Aris (ZUL) zul832000@yahoo.com
  43. Abdul Rahman Bin Ahmad mansik706@yahoo.com
  44. Mohd Syaiful Baharin Bin Said (SAIFUL) pendekar_laut81@yahoo.com
  45. Mohd Khalid Abdul Hamid zass_lid@yahoo.com
  46. Mohd Nurulhisyam (SYAM) snz96@yahoo.com
  47. Burhanudin Mat Borhn80@yahoo.com

Maklumbalas peserta TOT Modul Kenegaraan & Khidmat Komuniti di Kem Princess Haliza, Sepang 2007

Kemana menghilangnya rakan pejuang TOT Kem Princes Haliza 2007 ? -braderjamal

http://www.youtube.com/watch?v=Ha6gUvvPoKg

Thursday, February 28, 2008

TOT di Kem PLKN Semarak, Pekan, Februari 2008


TOT ini adalah TOT Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti (MKNKK)pertama untuk tahun 2008. TOT ini telah memecahkan rekod pelaksanaan mana-mana TOT MKNKK sebelum ini kerana diadakan di dalam kem PLKN ketika wira-wirawati sedang dalam latihan. bayangkan anda sebagai jurulatih sedang melalui tempoh latihan di mana wira-wirawati berada di sekeliling anda. selain itu, TOT kali ini berlangsung serentak dengan demam pilihanraya yang melanda seluruh negara. ketika warganegara Malaysia yang lain sibuk berkempen; kami pula sibuk berLDK.
Seramai 63 orang peserta yang terdiri daripada 19 lelaki dan 44 orang perempuan terlibat. Barisan fasilitator pula terdiri daripada 7 orang.
salah satu aktiviti pembinaan pasukan...
Anarki Game - Kemuncak Pembinaan Pasukan dengan penghayatan lagu 'Warisan' oleh peserta dengan perasaan sebak dan terharu..tahniah kepada semua yang telah sedar dan mengerti perjuangan kita semua untuk bangsa...

Saturday, February 23, 2008

SEJARAH NEGARA MALAYSIA






Zaman Prasejarah.




Malaysia terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, yang merupakan bahagian paling selatan benua Asia, dan negeri-negeri Sabah dan Sarawak di Utara Pulau Borneo, yang terletak ke arah timur sejauh 530 kilometer di seberang Laut China Selatan.
Tempoh prasejarah negara Malaysia bermula daripada kesan-kesan terawal penempatan manusia yang diketahui iaitu di sekitar 40 ribu tahun dahulu dan berlanjutan sehingga terbentuknya Kesultanan Melaka di sekitar tahun 1400, yang merupakan tarikh yang kebiasaannya digunakan sebagai permulaan era sejarah negara. Namun, tempoh prasejarah yang panjang ini kurang mendapat perhatian kerana kebanyakan penulisan yang sedia ada tertumpu kepada kehebatan Melaka.

1990-an




Beberapa projek telah dibangunkan pada tahun 1990an dan di antaranya ialah projek Menara Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


Menara Berkembar Petronas
Projek Menara Berkembar Petronas telah dilancarkan pada 15 September 1992 bersama dengan projek Pusat Bandaraya Kuala Lumpur (KLCC). Menara berkembar ini mempunyai 88 tingkat di setiap menara dengan ketinggian 451.9 meter. Justeru, ia telah diiktiraf oleh “The Council on Tall Buildings and Urban Habitat” sebagai bangunan tertinggi yang baru di dunia, menjadikannya sebagai satu mercu tanda dunia yang terletak di Kuala Lumpur.


Menara Kuala Lumpur
Menara Kuala Lumpur yang terletak 94 meter di atas paras laut dan mempunyai ketinggian 421 meter telah diiktiraf sebagai menara komunikasi yang ketiga tertinggi di dunia dan yang tertinggi di Asia. Menara Kuala Lumpur merupakan sebuah menara komunikasi bagi Malaysia dan dilengkapi dengan teknologi terkini bagi memenuhi keperluan teknologi yang kian meningkat di negara ini. Ia telah menjadi pusat tarikan pelancong kerana keunggulannya sebagai salah satu mercu tanda bagi bandaraya Kuala Lumpur dan juga negara. Menara ini merupakan satu kebanggaan yang baru bagi penduduk Malaysia dan menjadi satu ukuran kepada kemajuan negara dalam menuju Wawasan 2020.


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) terletak di Sepang, 75 kilometer di selatan Kuala Lumpur. Ia mula beroperasi pada bulan Jun 1998 dan merupakan lapangan terbang terbesar di Asia dengan keluasan yang mencecah 100 kilometer persegi. KLIA dibina bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan udara kepada 125 juta pengguna untuk 100 tahun yang akan datang.


Koridor Raya Mutimedia (MSC)
Satu lagi pencapaian Malaysia dalam usaha membentuk sebuah masyarakat yang berteknologi tinggi dan berindustri menjelang tahun 2020 ialah dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC). Ia dibangunkan bagi membantu usahawan muda dan syarikat-syarikat yang baru bertapak yang memerlukan tunjuk ajar dan sokongan. Tapak Inkubator MSC yang seluas 7.65 ekar terletak di dalam kampus Universiti Multimedia. Pusat Inkubator MSC pula terletak di Cyberjaya, sebuah bandar bistari yang bersebelahan dengan bandar pusat pentadbiran kerajaan iaitu Putrajaya






Pahlawan-Pahlawan




Kebangkitan Empayar Melayu Melaka pada awal kurun ke-15 dan kemudiannya campur tangan kuasa-kuasa asing di dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah mendorong masyarakat tempatan mengamalkan seni silat atau seni mempertahankan diri. Justeru, wujud ramai pahlawan Melayu yang handal dan amanah kerana hampir semua golongan masyarakat, termasuk orang kampung, kerabat diraja serta wanita, telah mempelajari dan menguasai ilmu persilatan. Di antara pahlawan-pahlawan Melayu yang terkenal adalah Hang Tuah, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Dol Said, Tok Janggut, Mat Salleh, Datuk Maharaja Lela, Tok Gajah, Datuk Bentara Luar Johor, Rentap dan Tun Perak.
Seorang pahlawan Melayu dikehendaki melalui pelbagai tahap dan ujian di dalam seni mempertahankan diri bagi membina disiplin, keberanian dan sikap rendah diri. Status dan taraf seseorang pahlawan bergantung kepada bakti yang telah dicurahkan, integriti yang tinggi dan kemajuan yang telah dicapai. Seorang pahlawan yang mahir di dalam silat tidak memerlukan sebarang senjata untuk menewaskan musuhnya.


Seorang pahlawan Melayu harus mematuhi tataetika tertentu ketika bertarung dan ketika aman. Dua kumpulan yang bertarung harus bersetuju tentang peraturan-peraturan pertarungan sebelum ia dimulakan. Peraturan-peraturan tersebut merangkumi tarikh, masa, tempoh rehat, permulaan dan akhir pertarungan dan sebagainya. Pertarungan sebegini bukan sahaja membawa kemenangan kepada satu pihak tetapi turut memastikan keadilan kepada kedua belah pihak. Sesiapa yang tercedera harus diberikan rawatan, manakala yang terkorban pula dikebumikan. Jika satu pihak berundur meninggalkan medan pertarungan, ini menandakan ia telah mengaku kalah dan kemenangan mutlak berpihak kepada pihak lawan. Penjajah Barat dengan senjata moden mereka telah memusnahkan cara dan etika sistem pertarungan ini.


Seorang pahlawan biasanya memakai seluar yang pendek dan longgar ke paras lutut serta anak baju pendek yang dikenakan dengan ikatan kain di pinggang. Kain ikat kepala dililit supaya rambut tersusun rapi. Keris dan ada kalanya sejenis lagi senjata kecil akan diselitkan ke ikatan pinggang. Dia juga membawa sebatang lembing dan perisai yang diperbuat daripada besi, kulit, rotan atau kayu.
Kewujudan dan fungsi pahlawan Melayu serta martabat dan darjat yang dikecapi mereka telah merosot dan beransur-ansur hilang apabila penjajah barat tiba di tanah Melayu dengan teknik dan senjata peperangan mereka yang moden




Kerja-kerja penyelidikan berkenaan sejarah awal di Malaysia juga banyak dipengaruhi oleh dua faktor yang utama, iaitu keadaan fizikal geografinya dan keadaan cuaca. Para penyelidik lebih cenderung menumpukan kajian mereka samada di Semenanjung atau pun di sekitar Sabah dan Sarawak sahaja, dan ini mengakibatkan hasil kajian yang tidak menyeluruh tentang tempoh prasejarah negara Malaysia. Keadaan cuaca yang begitu panas terik dan hutan hujan yang tebal tidak banyak meninggalkan artifak-artifak dari tempoh awal ini, selain daripada barangan tembikar tanah dan perkakas-perkakas yang diperbuat daripada batu dan besi. Kebanyakan artifak tersebut, termasuk kawasan perkuburan, telah ditemui di ruang yang terlindung di dalam gua-gua. Satu-satunya peninggalan binaan yang masih boleh dilihat adalah batu-batu asas bangunan yang dibina semasa era kerajaan purba di Kedah dan di Santubong, Sarawak di sekitar abad ke-5 sehingga abad ke-13.


Bukti terawal penempatan manusia di Sarawak adalah merupakan sebuah tengkorak yang berusia 38,000 tahun yang ditemui di Gua Niah, manakala bagi kawasan Semenanjung pula merupakan sebuah rangka yang berusia 11,000 tahun yang ditemui di Gua Gunung Runtuh di Perak. Artifak yang tertua adalah merupakan sebuah bangku batu zaman Paleolitik dari Kota Tampan, Perak yang berusia 34,000 tahun, manakala artifak tertua dari kawasan Borneo pula adalah alatan batu di Tingkayu, Sabah yang dihasilkan di antara 18,000 hingga 28,000 tahun dahulu. Cara hidup berburu dan mengumpul makanan telah berubah dengan begitu dramatik sekali di sekitar 5,000 tahun dahulu berikutan dengan penemuan kaedah bagi menghasilkan perkakas batu yang digilap dan barangan tembikar tanah. Bukti-bukti penghidupan dari zaman Neolitik boleh ditemui di kawasannya sendiri, atau di kawasan-kawasan Mesolitik, termasuklah di Gua Niah di Sarawak, Gua Cha di Kelantan dan Gua Kechil di Pahang.


Kawasan-kawasan dari Zaman Logam di Semenanjung juga tertumpu di bahagian utara, melainkan penemuan sebuah loceng yang diperbuat dari gangsa di Muar, Johor. Penemuan-penemuan di bahagian pantai timur pula tertumpu di kawasan-kawasan yang mempunyai sumber emas, manakala di pantai barat pula adalah berdekatan kawasan sumber bijih timah. Kehidupan di Zaman Logam juga dapat dilihat melalui pelbagai barangan yang diperbuat daripada besi seperti sebuah alat berbentuk batang yang panjang yang dikenali dalam kalangan orang Melayu sebagai tulang mawas dan hanya ditemui di Semenanjung Malaysia. Penemuan barangan gangsa dari Utara Vietnam membuktikan wujudnya pelayaran jarak jauh dan seterusnya menghasilkan hubungan perdagangan laut dengan penempatan lain di Asia Tenggara. Manik-manik daripada India yang ditemui di kawasan-kawasan Zaman Logam seperti di Kuala Selinsing (200 SM – 900 M) dan Changkat Menteri (1 – 800 M) di Perak adalah bukti terdapatnya juga hubungan dagangan dengan Asia Selatan






KERAJAAN AWAL






Kerajaan terawal yang telah dikenal pasti, wujud di Lembah Bujang, Kedah sejak kurun ke-5, manakala sebuah sistem pemerintahan kecil telah diwujudkan di Santubong, Sarawak dan sebuah lagi di Chi tu di Kelantan pada kurun ke-7. Di antara kurun ke-8 hingga ke-14, beberapa penempatan telah terbentuk di Johor, Perak, Pahang dan Terengganu. Hubungan diplomatik dengan kerajaan China dan perdagangan dengan China, India dan lain-lain kerajaan di Asia Tenggara telah dibina semasa zaman kerajaan awal ini. Peninggalan yang ditemui di Lembah Bujang, Lembah Kinta di Perak, dan di Santubong menunjukkan bahawa pengaruh Hindu dan Buddha banyak mempengaruhi kehidupan penduduk di Malaysia sehingga abad ke-14. Dalam tempoh yang sama, cara kehidupan megalitik dapat dilihat di Lembah Bernam, Perak dan juga di Sabah dan Sarawak. Walaupun cara hidup Dongson didapati telah wujud dengan penemuan gendang tembaga di kawasan-kawasan yang terpencil, kebanyakan komuniti masih mengamalkan cara hidup Zaman Batu. Bukti pertama sebuah sistem pemerintahan kecil yang dikenal pasti memeluk dan mengamalkan agama Islam datang daripada sebuah batu bersurat bertarikh tahun 1301, yang ditemui di Terengganu






PENEMPATAN AWAL




Malaysia merupakan antara kawasan penempatan terawal bagi manusia. Peralatan daripada batu yang dijumpai di Lenggong, Perak dan penemuan yang menakjubkan di Gua Niah, Sarawak telah membuktikan kenyataan tersebut. Di antara penduduk terawal yang masih ada di Malaysia hingga ke hari ini ialah Orang Asli di Semenanjung serta kaum Penan di Sarawak dan kaum Rungus di Sabah. Kehadiran mereka di negara ini berkemungkinan menjangkau lebih 5,000 tahun. Penduduk terawal ini mungkin juga merupakan golongan perintis kepada gerakan penghijrahan manusia ke arah selatan daripada China dan Tibet melalui tanah besar Asia Tenggara serta Semenanjung Tanah Melayu, seterusnya ke Kepulauan Indonesia. Penduduk pertama bangsa Melayu atau Melayu Proto dianggarkan telah bertapak di negara ini pada tahun 1000. Mereka merupakan golongan pelopor yang kedua dan ketiga di dalam gerakan penghijrahan ini. Gerakan penghijrahan ini telah diikuti oleh beberapa lagi golongan seperti Melayu Deutero sepanjang beberapa abad seterusnya. Mereka tiba dengan berbekalkan ilmu pengetahuan yang lebih maju dan baru dalam teknik pertanian dan penggunaan logam.


Orang-orang Melayu juga telah bertebaran di segenap pelusuk kepulauan ini, seterusnya menetap dalam kelompok komuniti kecil yang serba lengkap. Ini telah menghasilkan kepelbagaian corak etnik yang kompleks yang dapat dilihat di Malaysia dan Indonesia. Orang-orang Melayu di Semenanjung mempunyai pertalian hubungan yang rapat dengan orang-orang Melayu di Sumatera, dan untuk berabad lamanya Selat Melaka berperanan sebagai laluan yang menghubungkan mereka dari keluarga yang sama dari tempat yang berasingan dan bukan sebagai sempadan pemisah antara dua negara. Orang Melayu dan Orang Asli merupakan pribumi negara Malaysia hari ini dan diiktiraf sebagai Bumiputera. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara di kalangan pelbagai kumpulan Bumiputera, mereka semua berkongsi ciri-ciri tertentu yang melambangkan adat resam masyarakat Asia Tenggara. Ciri-ciri tersebut telah tertanam dalam kehidupan sebagai petani dan nelayan, dan ini dapat dilihat dalam masyarakat kampung di mana kepimpinan dipilih secara muafakat. Walaupun cara hidup orang Melayu banyak dipengaruhi oleh ajaran Hindu dan kemudiannya oleh agama Islam, unsur-unsur asas budaya orang Melayu masih kekal hingga ke hari ini.






Kerajaan Melayu Lama



Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan di mana kuasa pemerintahan terletak di tangan pemerintah dan pegawai-pegawai Melayu sepenuhnya. Pemerintah Melayu di Melaka berasal dari Singapura, iaitu selepas kekalahan Kerajaan Melayu Singapura di tangan Siam. Kesultanan Melayu Melaka telah bertahan lebih dari satu abad, bermula dari penghujung kurun ke –14 sehingga permulaan kurun ke-16, iaitu dari tahun 1394 sehingga tahun 1511. Di bawah kekuasaan pemerintah Melayu, Melaka bukan hanya menjadi sebuah kota perdagangan yang maju tetapi juga merupakan pusat penyebaran ajaran Islam kepada seluruh kepulauan Melayu. Selepas kejatuhan Empayar Seri Vijaya dan Majapahit di penghujung abad ke-14, Melaka telah meneraju dan mengekalkan pemerintahan Melayu di kepulauan Melayu. Kestabilan politik dan sistem perundangan yang adil berjaya menarik para pedagang dari segenap pelusuk kepulauan Melayu ke Melaka. Para pedagang dari China, benua kecil India, Pegu di Burma dan Tanah Arab juga telah datang ke Melaka untuk berdagang.






Pemerintah Pertama Melaka : Parameswara (1394-1414)




Parameswara merupakan seorang putera raja dari Palembang. Pada tahun 1390, baginda telah berkahwin dengan seorang puteri kepada Maharaja Majapahit dan menjadi pendukung setia kepada bapa mertuanya. Tidak lama kemudian, Parameswara telah mengingkari janji setianya kepada Maharaja Majapahit, yang terus menghantar panglima perangnya untuk menghalau Parameswara dari Sumatera. Parameswara melarikan diri ke Tumasek, iaitu nama lama Singapura bersama kaum keluarga dan pengikutnya. Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan dirinya sebagai Pemerintah Singapura dan pulau-pulau di sekelilingnya. Parameswara telah memerintah Singapura selama lima tahun dengan cara pemerintahan seumpama seorang ketua lanun.


Pada pertengahan kurun ke-14, Kerajaan Siam yang pada ketika itu sedang mengembangkan kuasa jajahannya di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu hingga ke negeri Pahang, telah gagal untuk meluaskan kekuasaannya di Singapura walaupun beberapa percubaan telah dibuat untuk menyerang Singapura. Ini adalah kerana pada ketika itu kerajaan Majapahit berada di kemuncak kekuasaannya dan kekuatannya pula ditakuti oleh kerajaaan lain di kepulauan Melayu. Beberapa negeri di sepanjang Selat Melaka termasuk Tumasek atau sekarang ini Singapura, berada di bawah kekuasaan Majapahit. Sebuah angkatan laut Jawa dari Majapahit pernah menyerang Singapura semasa pemerintahan Parameswara. Setelah mengalahkan Singapura, mereka telah kembali ke tanah Jawa. Adalah dipercayai bahawa serangan yang dilakukan oleh Majapahit ke atas Singapura bukanlah faktor kejatuhan kerajaan Singapura dan larinya Parameswara dari Singapura tetapi sebaliknya Parameswara terus memerintah kerajaannya yang semakin merosot.


Apabila Parameswara gagal menubuhkan sebuah kerajaan di dua buah tempat di Muar, iaitu di Biawak Busuk dan Kota Buruk, baginda telah membawa pengikutnya ke suatu tempat yang bernama Sening Ujung atau sekarang ini dikenali sebagai Sungei Ujong. Parameswara meneruskan perjalanannya hingga sampai ke muara Sungai Bertam, di mana baginda telah menubuhkan kerajaan Melaka dan menjadi pemerintah pertama sekitar tahun 1394. Walau bagaimanapun, pada ketika itu, Parameswara masih lagi menganut agama Hindu. Justeru, penubuhan kerajaan Melayu di Melaka merupakan kesinambungan daripada kerajaan Melayu di Singapura yang telah jatuh.


Selepas Melaka ditubuhkan, Parameswara mula membangunkan kawasan itu dan mengarahkan penduduknya untuk bercucuk-tanam dengan tanaman pisang, tebu, ubi keladi dan lain-lain tanaman sebagai sumber makanan. Baginda sendiri turut menjalankan perniagaan di Melaka. Dalam masa yang singkat, berita tentang kota Melaka telah tersebar ke seluruh Malaya, Sumatera, Jawa dan India, yang menyebabkan ramai pedagang datang ke Melaka untuk berdagang. Dua tahun selepas Parameswara membuka Melaka, penduduknya telah berkembang seramai dua ribu orang.


Tidak lama kemudian, berita tentang kota Melaka yang menjadi sebuah pusat perdagangan telah sampai ke China. Yung-Lo, Maharaja China yang memerintah dari tahun 1402 sehingga tahun 1424, telah menghantar utusannya yang bernama Ying Ching ke Melaka pada tahun 1405. Kedatangan Ying Ching telah membuka jalan dalam membentuk hubungan persahabatan di antara Melaka dan China. Pedagang-pedagang Cina mula singgah di pelabuhan Melaka dan mereka boleh dikatakan antara pedagang yang paling awal menubuh pengkalan di Melaka. Ketika perwakilan dari Melaka mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja China, baginda telah memuji Parameswara dan mengiktiraf Parameswara sebagai pemerintah yang sah di Melaka. Maharaja Yung Lo kemudiannya menghadiahkan Parameswara dengan sebuah lambang kebesaran, sutera dan sekaki payung kuning sebagai tanda kerabat diraja, serta sepucuk watikah pelantikan Parameswara sebagai pemerintah Melaka. Melaka seterusnya diiktiraf sebagai sebuah kerajaan oleh Maharaja China. Perwakilan tersebut telah pulang ke Melaka bersama sebuah angkatan kapal yang diketuai oleh Laksamana Cheng Ho, orang Cina yang pertama berlayar dan mengembara ke kawasan selatan ini.


Pada zaman pemerintahan Parameswara inilah, ramai orang Jawa, India, Cina, Burma dan lain-lain telah datang untuk menetap di Melaka. Pada tahun 1409, Parameswara telah memeluk agama Islam dan menggunakan nama Parameswara Iskandar Syah. Dua tahun kemudian, pada tahun 1411, Parameswara Iskandar Syah bersama permaisurinya, puteranya serta rombongan diraja seramai 540 orang telah berangkat ke China mengikuti Laksamana Cheng Ho untuk mengadakan lawatan hormat kepada Maharaja Yung Lo.


Pada tahun 1414, Parameswara telah mangkat dan makamnya dipercayai terletak di puncak sebuah bukit di Tanjung Tuan, yang juga dikenali sebagai Cape Rachado. Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan yang maju sepanjang pemerintahanannya selama dua puluh tahun. Baginda juga telah menjalinkan hubungan yang kukuh dengan Maharaja China dengan menghantar seramai enam orang utusan/perwakilan ke China






Pemerintah Kedua Melaka : Sultan Megat Iskandar Syah (1414 – 1424)




Selepas kemangkatan Parameswara pada tahun 1414, baginda telah digantikan oleh anakandanya Raja Ahmad yang juga dikenali dengan nama Raja Besar Muda sebagai pemerintah kedua Melaka. Baginda digelar Sultan Megat Iskandar Syah. Sepanjang pemerintahannya, baginda telah membuat dua lawatan ke China bagi mendapatkan pengiktirafan dari Maharaja China serta mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pemerintah Melaka.


Melaka terus berkembang maju di bawah pemerintahan Sultan Megat Iskandar Syah. Dua kawasan perlombongan bijih timah dijumpai di bahagian utara Melaka di mana kawasan ini dikawal rapi oleh pengawal diraja. Pada ketika itu, bijih timah digunakan sebagai matawang di Melaka. Kebanyakan daripada tongkang dari China yang singgah di Melaka dikenakan cukai. Kayu arang dan damar dihasilkan di kawasan hutan. Pokok sagu boleh didapati di ladang-ladang sementara di kawasan muara dan pantai pula dipenuhi oleh pokok nipah. Pelbagai jenis tanaman seperti pisang, tebu, ubi keledek, ubi keladi, nenas dan ubi kentang diusahakan serta berbagai jenis sayuran seperti bawang, halia, sawi, labu dan tembikai juga ditanam. Binatang ternakan seperti itik, ayam, kerbau dan kambing turut diternak. Akan tetapi, penternakan kerbau dan kambing sangat jarang pada ketika itu, disebabkan oleh harga pasaran yang tinggi. Kota Melaka dilindungi oleh tembok yang dibina sepanjang kawasan pantai. Tembok tersebut mempunyai empat buah pintu yang setiapnya dikawal rapi oleh para pengawal. Sebuah kubu berpagar turut dibina di dalam kawasan kota Melaka di mana beberapa gudang digunakan sebagai pusat perbendaharaan dan pembekalan kerajaan.


Sultan Megat Iskandar Syah bersama permaisuri, putera dan pegawai-pegawai kanannya telah mengadakan lawatan rasmi kedua ke China. Semasa lawatan tersebut, Sultan Melaka telah memohon bantuan daripada Maharaja China bagi menentang kekerasan dari pihak kerajaan Siam. Sehubungan itu, pada tahun 1419, Maharaja China telah menghantar perwakilannya ke Siam untuk memberi amaran agar tidak mengganggu Melaka. Hubungan di antara Maharaja China dan Sultan Melaka juga turut diperkukuhkan lagi dengan penghantaran beberapa perwakilan yang diketuai oleh putera-putera Melaka pada tahun 1420, 1421 dan 1423. Pada tahun 1424, Sultan Megat Iskandar Syah telah mangkat.






Pemerintah Ketiga Melaka : Sultan Maharaja (Raja Tengah) atau Sultan Muhammad Syah (1424 – 1445)




Pada tahun 1424, selepas kemangkatan Sultan Megat Iskandar Syah, putera baginda Raja Tengah, juga dikenali sebagai Radin Tengah, telah ditabalkan sebagai pemerintah ketiga Melaka. Pada tahun yang sama, Raja Tengah dan permaisurinya mengadakan lawatan pertama mereka ke China bagi tujuan memaklumkan kepada Maharaja China tentang kemangkatan ayahandanya dan juga pertabalan baginda sebagai Sultan. Pada tahun 1433, Raja Tengah bersama permaisuri, putera-puteri dan adindanya bernama Radin Bala berserta rombongan diraja seramai 228 orang berangkat ke China mengikuti angkatan laut Cheng Ho. Mereka telah tinggal di China selama dua tahun. Bermula dari tahun 1434, kerajaan China telah membuat perubahan polisi dengan mengurangkan tumpuan terhadap negara-negara lain termasuk Asia Tenggara.


Pada zaman pemerintahan Raja Tengah, seorang tokoh agama bernama Saiyid Abdul Aziz telah datang ke Melaka untuk mengembangkan ajaran Islam. Sultan Melaka dan pegawai-pegawai kanannya serta orang-orang Melayu Melaka menerima ajarannya. Dia juga mencadangkan agar Raja Tengah menggunakan nama Islam iaitu Sultan Muhammad Syah. Sejurus kemudian, Sultan Muhammad Syah telah melantik beberapa orang pegawai kanan yang bertanggungjawab dalam pentadbiran dalaman. Di antara mereka yang dilantik adalah seorang Bendahara, yang digelar Seri Wak Raja; adinda Sultan Radin Amin dilantik sebagai Perdana Menteri dan diberi gelaran Seri Amar Diraja. Tun Perpatih Besar, anak Tun Perpatih Permuka Berjajar dari Singapura, dilantik sebagai Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja. Seri Nara Diraja telah mengahwini anak kepada Seri Wak Raja dan mendapat seorang anak perempuan bernama Tun Ratna Sandari.


Mani Purindan, orang kaya dari India telah datang ke Melaka berserta angkatan tujuh buah kapal dan telah disambut dengan baik oleh Sultan Muhammad Syah yang menganggap tarafnya seperti seorang menteri. Mani Purindan kemudiannya menjadi menantu kepada Seri Nara Diraja apabila berkahwin dengan anaknya Tun Ratna Sandari. Mereka mendapat seorang anak lelaki bernama Tun Ali dan seorang anak perempuan bernama Tun Wati. Tun Wati pula telah dikahwinkan dengan Sultan Muhammad Syah dan dikurniakan seorang putera bernama Raja Kassim. Sultan Muhammad Syah kemudiannya berkahwin dengan anak perempuan kepada pemerintah Rokan dan dikurniakan seorang putera bernama Raja Ibrahim. Walaupun Raja Ibrahim lebih muda dari Raja Kassim, beliau telah dilantik menjadi Raja Muda Melaka oleh Sultan Muhammad Syah atas permintaan ibundanya, iaitu puteri Rokan, yang merupakan Sultanah Melaka. Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Syah juga, Tun Ali, anak Mani Purindan, dilantik sebagai Bendahari Melaka bergelar Seri Nara Diraja, menggantikan datuknya Seri Nara Diraja Tun Perpatih Besar.


Di samping membuat perlantikan beberapa orang pegawai kanan, Sultan Muhammad Syah juga merupakan pemerintah pertama memperkenalkan pelbagai adat resam dan larangan terhadap darjat Diraja di Melaka. Di antara adat resam itu ialah penggunaan payung, persidangan di istana, pemberian hormat, tatacara kedatangan dan pemergian perwakilan, penganugerahan darjah, keberangkatan diraja, upacara menghadap diraja, upacara santapan diraja, keberangkatan diraja ke masjid dan sambutan Hari Raya.

Di antara larangan yang dikeluarkan kepada orang kebanyakan oleh Sultan Muhammad Syah termasuklah penggunaan warna dan bahan kuning, pembinaan rumah atau sampan, pemakaian keris, emas dan perhiasan serta jenis pakaian yang boleh dipakai oleh orang kebanyakan. Barangsiapa yang tidak mematuhi larangan yang dikeluarkan akan dikenakan denda yang dipanggil denda pati. Adat dan larangan yang diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Syah masih digunapakai oleh pemerintah Melayu sehingga kini akan tetapi pada tahap yang lebih ringan.

Pada tahun 1444, Sultan Muhammad Syah telah mangkat setelah memerintah Melaka selama dua puluh tahun. Beliau telah meninggalkan dua orang putera iaitu Raja Kassim, anakandanya bersama Tun Wati dan Raja Ibrahim, anakandanya bersama puteri Rokan






Pemerintah Keempat Melaka : Sultan Abu Syahid (1445 – 1446)




Setelah kemangkatan Sultan Muhammad Syah pada tahun 1445, Raja Ibrahim, anakandanya bersama Puteri Rokan, telah ditabalkan sebagai pemerintah keempat Melaka dan diberi gelaran Sultan Abu Syahid. Tun Ali telah dilantik sebagai Bendahari Melaka bergelar Seri Nara Diraja, menggantikan datuknya Seri Nara Diraja Tun Perpatih Besar. Walaupun Sultan Abu Syahid merupakan pemerintah Melaka, kuasa pemerintahan sebenarnya terletak di tangan Raja Rokan, sepupu ibundanya yang telah datang menetap di Melaka sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Dalam jangkamasa tersebut, Melaka seolah-olah diperintah oleh Raja Rokan yang sentiasa berdamping dengan Sultan Abu Syahid. Akibatnya, pegawai-pegawai kanan Melaka mula membenci Raja Rokan. Raja Rokan tidak membenarkan Raja Kassim, anakanda Sultan Muhammad Syah bersama Tun Wati, menetap di istana. Raja Kassim telah dipaksa untuk meninggalkan istana dan meneruskan hidup sebagai seorang nelayan. Tiada sesiapapun, melainkan memandanya Tun Ali, yang mengambil berat terhadap dirinya dan melindunginya dari sebarang ancaman.


Justeru, Raja Kassim kemudiannya telah berpakat dengan memandanya Seri Nara Diraja untuk menentang Raja Rokan. Perancangan mereka mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk Melaka yang sememangnya tidak menyukai Raja Rokan. Seri Nara Diraja dan Raja Kassim juga telah memperdaya Bendahara Melaka untuk menyebelahi mereka. Satu serangan telah dilakukan pada waktu malam di istana, dan terjadilah satu pertarungan diantara pengikut Sultan Abu Syahid dan penduduk Melaka yang diketuai oleh Raja Kassim, Bendahara dan Seri Nara Diraja Tun Ali. Sewaktu serangan tersebut, Raja Kassim dan Seri Nara Diraja Tun Ali cuba untuk memisahkan Sultan Abu Syahid daripada Raja Rokan, tetapi tidak berjaya. Apabila Raja Rokan ditikam oleh salah seorang penyerang, dia dengan pantas bertindak balas menikam Sultan Abu Syahid. Akibatnya, kedua-dua Sultan Abu Syahid dan Raja Rokan telah terbunuh dalam serangan itu, yang berlaku pada tahun 1447. Kemangkatan Sultan Abu Syahid, walaupun tidak dirancang, merupakan perkembangan yang penting dalam sejarah Melaka kerana ia telah memastikan kesinambungan dan kestabilan politik di Melaka.






Pemerintah Kelima Melaka : Sultan Muzaffar Syah (1446 – 1456)




Raja Kassim, anakanda Sultan Muhammad Syah bersama Tun Wati, telah ditabalkan sebagai pemerintah kelima Melaka setelah kemangkatan Sultan Abu Syahid. Baginda bergelar Sultan Muzaffar Syah. Setelah pertabalan baginda sebagai pemerintah Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah mengarahkan pegawai kanannya untuk melaksanakan segala adat istiadat, tradisi dan larangan yang diperkenalkan oleh almarhum ayahandanya. Sultan Muzaffar Syah mengahwini anak Seri Amar Diraja, iaitu Perdana Menteri ketika itu dan dikurniakan seorang putera bernama Raja Abdullah.


Apabila Bendahara Seri Wak Raja (I) meninggal dunia, Sultan telah melantik Tun Perpatih Serdang, anak kepada Allahyarham Bendahara, sebagai Bendahara Melaka dan diberi gelaran Seri Wak Raja (II). Akan tetapi, Seri Wak Raja (II) telah mengambil nyawanya sendiri dengan meminum racun apabila beliau tersalah anggap yang Sultan telah murka kepadanya. Beliau meninggalkan seorang anak perempuan, Tun Kudu dan dua anak lelaki, Tun Perak dan Tun Perpatih Putih. Sultan Muzaffar Syah kemudiannya mengahwini Tun Kudu. Tun Perak yang pada ketika itu tidak memegang sebarang jawatan di Melaka telah dihantar oleh Sultan Muzaffar Syah untuk mejadi ketua di Kelang. Seri Nara Diraja pula memegang jawatan sebagai Bendahara Melaka.


Ancaman yang mendatang dari Ayuthia, ibu negara Siam, menjadi kenyataan dengan terjadinya serangan ke atas Melaka melalui jalan darat pada tahun 1446. Tun Perak membawa orang-orangnya dari Kelang ke Melaka untuk menangkis serangan Siam. Daya pertimbangan dan kepimpinan beliau yang hebat telah menarik perhatian Sultan. Baginda yang mempunyai harapan yang tinggi untuk melihat Melaka terus berkembang maju, telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara.


Peningkatan Tun Perak di persada politik telah mencetuskan ketegangan di antara beliau dan Tun Ali. Melihat persengketaan di antara dua pemimpin kesayangannya ini boleh membawa kepada perpecahan di kalangan penduduk Melaka, Sultan Muzaffar Syah telah mengadakan perbincangan dengan Tun Ali, yang merupakan seorang duda yang telah berumur pada ketika itu. Tun Ali bersetuju untuk meneruskan peranannya dengan syarat beliau dibenarkan untuk mengahwini Tun Kudu, yang merupakan salah seorang isteri Sultan. Sultan Muzaffar Syah berkenan untuk menceraikan isterinya itu demi kestabilan politik dan Tun Kudu juga telah bersetuju untuk berkahwin dengan Tun Ali, demi kesejahteraan negara. Pengorbanan Sultan Muzaffar Syah dan Tun Kudu tidak sia-sia. Tun Ali dan Tun Perak menjadi sahabat karib dan sentiasa berkerjasama dalam membangunkan Melaka. Tidak lama kemudian, Tun Ali sendiri memohon kepada Sultan untuk melantik Tun Perak sebagai Bendahara. Justeru, Sultan telah melantik Tun Perak sebagai Bendahara dengan gelaran Paduka Raja di sekitar tahun 1456.


Kerajaan Siam, yang berpusat di Ayuthia, berazam untuk menakluki Melaka walaupun serangan mereka sebelum ini melalui jalan darat telah berakhir dengan kekalahan di pihak mereka. Pada tahun 1456, sewaktu pemerintahan Raja Boromo Trilokanat, Siam telah membuat rancangan untuk menyerang Melaka melalui laut. Apabila Kerajaan Melaka mengetahui tentang rancangan ini, ia telah mempersiapkan angkatan lautnya dan membuat keputusan untuk mematahkan serangan Siam di Batu Pahat. Angkatan tersebut diketuai oleh Tun Perak dan dibantu oleh Tun Hamzah, seorang pahlawan yang digelar Datuk Bongkok. Satu pertempuran sengit telah berlaku di antara kedua belah pihak dan ini merupakan peperangan yang pertama bagi Melaka. Namun demikian, Melaka yang mempunyai kelebihan dari segi kemahiran dan pengetahuan telah berjaya menghalau angkatan Siam hingga ke Singapura dan seterusnya memaksa mereka pulang. Kemenangan Melaka dalam peperangan ini telah menyuntik semangat baru dalam menyusun strategi untuk mengembangkan pengaruhnya di kepulauan Melayu. Kemenangan ke atas Siam juga telah membawa kepada kestabilan politik di Melaka dan mengukuhkan lagi reputasinya di Asia Tenggara. Namun demikian, Sultan Muzaffar Syah telah mangkat selepas serangan dari Siam itu pada tahun 1456.






Pemerintah Keenam Melaka : Sultan Mansur Syah (1456 – 1477)




Selepas kemangkatan Sultan Muzaffar Syah, anakandanya Raja Abdullah telah ditabalkan menjadi pemerintah keenam Melaka dan dikenali sebagai Sultan Mansur Syah. Sultan Mansur Syah mengahwini Tun Putih Nur Pualam, anak kepada Tun Ali dan telah dikurniakan beberapa orang putera dan puteri. Pada awal pemerintahan baginda di Melaka, Sultan Mansur Syah telah mendengar tentang Pahang, yang ketika itu dikenali sebagai Pura, yang terkenal dengan sungainya yang besar, sumber emas dan hutan yang luas.


Namun begitu, Pura berada di bawah pemerintahan sebuah keluarga diraja Siam dan dikuasai oleh kerajaan Siam. Justeru, baginda membuat keputusan untuk menaklukinya dengan menghantar sebuah angkatan yang terdiri dari dua ratus buah kapal, diketuai oleh Tun Perak dan dibantu oleh Tun Hamzah Datuk Bongkok, pemerintah pasukan tentera darat dan pegawai-pegawai tentera yang lain. Sejurus tiba di Pahang, peperangan meletus di antara orang-orang Pahang dan Melaka. Pahang, yang diperintah oleh Maharaja Dewa Sura, telah dapat dikalahkan dengan mudah dan pemerintahnya terpaksa melarikan diri ke utara Pahang menerusi Sungai Pahang. Walau bagaimanapun, beliau berjaya ditawan oleh pihak Melaka dan diserahkan kepada Tun Ali. Angkatan Melaka telah pulang ke Melaka dengan kemenangan dan membawa bersama mereka Maharaja Dewa Sura dan anaknya, Waning Seri atau Onang Seri yang dipersembahkan kepada Sultan Mansur Syah. Ini merupakan kali pertama Melaka menakluki negeri lain. Sultan Melaka melantik Tun Hamzah Datuk Bongkok sebagai wakil baginda untuk mentadbir negeri Pahang. Puteri Waning Seri telah memeluk agama Islam dengan nama Puteri Lela Wangsa dan berkahwin dengan Sultan Mansur Syah. Selain Pahang, beberapa negeri lain seperti Inderagiri, Palembang, Jambi, Lingga dan Tunggal juga berada di bawah penguasaan kerajaan Melaka.


Pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah, terdapat sembilan orang pemuda yang terkenal dengan keberanian mereka dan oleh itu, telah dilantik oleh Sultan sebagai pegawai tentera baginda. Mereka adalah Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Hang Ali, Hang Iskandar, Hang Hasan dan Husain. Hang Tuah merupakan yang paling cerdik dan berani di antara mereka. Oleh yang demikian, dia telah dianugerahkan gelaran Laksamana oleh Sultan dan dikenali sebagai Laksamana Hang Tuah.
Semasa Sultan Mansur Syah mengadakan lawatan ke Majapahit, beliau telah membawa bersama Laksamana Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Ketibaan mereka telah disambut baik oleh pemerintah Majapahit. Ketika berada di Majapahit, para pegawai tentera Melaka yang terkenal dengan kehebatan mereka, terutamanya Hang Tuah, telah mempamerkan kemahiran mereka dalam penggunaan senjata dan ini telah menarik perhatian penduduk dan pemerintah Majapahit. Pemerintah Majapahit kemudiannya mengahwinkan anaknya, Radin Galuh Cendera Kirana dengan Sultan Mansur Syah. Mereka dianugerahkan seorang putera bernama Radin Kelang. Walau bagaimanapun, Radin Kelang meninggal dunia pada usia remaja akibat ditikam oleh seorang penduduk yang mengamuk di kota Melaka. Pemerintah Majapahit juga telah menyerahkan pemerintahan Inderagiri dan Siatan kepada Sultan Melaka. Ini menguatkan lagi pengaruh Melaka di kawasan tersebut.
Hubungan diplomatik di antara China dan Melaka menjadi lebih akrab pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Sultan telah menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya ke China dengan membawa warkah baginda kepada Maharaja China. Maharaja China kagum dengan kemashyuran dan keagungan Sultan Mansur Syah lalu memutuskan untuk mengahwinkan puterinya Hang Li Poh dengan Sultan. Seorang pembesar negeri berserta lima ratus dayang-dayang telah mengiringi puteri Hang Li Poh ke Melaka. Setelah Hang Li Poh memeluk Islam, Sultan pun mengahwininya dan membina sebuah istana untuknya di atas sebuah bukit yang sehingga kini dikenali sebagai Bukit Cina.


Walaupun Sultan Mansur Syah mempunyai tanggapan yang tinggi terhadap Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya, satu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan baginda murka kepada Hang Tuah. Ianya berpunca dari satu fitnah terhadap Hang Tuah, menuduhnya mengadakan hubungan sulit dengan salah seorang dayang di istana. Lantas, Sultan menitahkan Tun Ali untuk membunuh Hang Tuah. Namun, Tun Ali menganggap Hang Tuah adalah seorang yang mempunyai keperibadian luar biasa dan tidak harus dipersiakan. Lalu, dia memberanikan diri untuk membohongi Sultan. Tun Ali tidak membunuh Hang Tuah, sebaliknya bertindak menyembunyikannya di sebuah kampung yang terpencil dan melarangnya keluar dari kawasan kampung itu. Tun Ali kemudiannya memberitahu Sultan bahawa Hang Tuah sudah dibunuh. Apabila Hang Jebat, sahabat karib Hang Tuah, mendapat berita tersebut, dia begitu marah lalu membuat noda atas seorang dayang di istana. Walaupun Sultan mengarahkan Hang Jebat dibunuh, namun tiada sesiapapun yang berani berhadapan dengannya. Pada ketika itulah, Sultan terkenangkan Hang Tuah kerana sekiranya dia masih hidup, hanya dia sahaja yang mampu mengalahkan dan membunuh Hang Jebat. Tun Ali kemudiannya memberitahu keadaan yang sebenarnya kepada Sultan, bahawa Hang Tuan tidak dibunuh tetapi disembunyikan olehnya. Sultan memerintahkan agar Hang Tuah dibawa keluar dari tempat persembunyiannya untuk membunuh Hang Jebat. Atas perintah Sultan, berlakulah pertarungan di antara dua sahabat karib yang berakhir dengan kematian Hang Jebat di tangan Hang Tuah.


Apabila Melaka semakin makmur dan ekonominya bertambah maju, Sultan Mansur Syah telah membina sebuah istana yang besar lagi indah di kaki Bukit Melaka. Istana itu merupakan kebanggaan kerajaan Melayu kerana ianya bukan sahaja melambangkan kekayaan, kemajuan dan kekuasaan Melaka malah turut mempamerkan kecemerlangan dan keistimewaan ciri-ciri senibina Melayu. Istana tersebut telah dibina oleh tukang-tukang kayu Melayu di bawah arahan Tun Perak. Walau bagaimanapun, istana tersebut telah hangus di dalam satu kebakaran tidak lama selepas Sultan Mansur Syah mendiaminya. Namun barang-barang berharga yang berada di dalam istana itu sempat diselamatkan oleh pegawai-pegawai istana. Sultan kemudiannya telah mengeluarkan perintah untuk membina sebuah istana baru sebesar dan seindah istana dahulu. Setelah ianya siap dibina, Sultan mendiami istana baru itu.
Melaka telah mencapai kemuncak kegemilangannya sebagai sebuah empayar pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ia bukan sahaja kaya dan makmur hasil dari kemajuan perdagangannya, malah ia telah berjaya menakluki beberapa buah negeri di kepulauan Melayu sebagai jajahan empayarnya. Pemerintah dari negeri-negeri ini akan datang ke Melaka selepas perlantikan mereka bagi mendapatkan restu dari Sultan Melaka. Mana-mana pemerintah yang telah digulingkan di negeri sendiri turut datang ke Melaka bagi mendapatkan bantuan Sultan untuk memperolehi kembali kekuasaan mereka. Salah satu contoh adalah ketika Sultan Zainal Abidin, pemerintah di Pasai yang telah digulingkan oleh kaum kerabatnya sendiri, telah datang ke Melaka dan merayu kepada Sultan Mansur Syah untuk membantunya mendapatkan semula takhtanya. Sultan menghantar sepasukan tenteranya ke Pasai, yang kemudiannya berjaya mengalahkan orang Pasai. Justeru, Sultan pun melantik semula Sultan Zainal Abidin sebagai pemerintah di Pasai. Walaupun kemenangan ini tidak menjanjikan kesetiaan pemerintah di Pasai kepada Melaka, ianya jelas mempamerkan keupayaan dan keadilan Sultan Melaka dan juga sikap saling membantu yang wujud di antara pemerintah dan kerajaan.


Kekuatan politik Melaka dapat dilihat melalui suatu peristiwa yang berlaku dalam sebuah permainan bola raga, di mana sepakan bola Tun Besar, iaitu anak Tun Perak, secara tidak sengaja terkena Raja Mohammad, anakanda Sultan Mansur Syah. Bola itu terkena tanjak Raja Mohammad, lalu ia jatuh ke tanah. Dalam kemarahan, Raja Mohammad dengan serta-merta menikam dan membunuh Tun Besar. Kejadian ini telah mencetuskan kemarahan di kalangan ahli keluarga Tun Besar yang mahu membalas dendam dengan membunuh Raja Mohammad. Namun demikian, Tun Perak telah berjaya menghalang mereka dari meneruskan tindakan khianat itu dengan mengisytiharkan bahawa dia tidak lagi dapat menerima Raja Mohammad sebagai pewaris kepada Sultan. Akibat dari peristiwa ini, Sultan Mansur Syah mengarahkan anakandanya itu meninggalkan Melaka dengan melantiknya sebagai pemerintah di Pahang. Peristiwa ini jelas menunjukkan kesetiaan Tun Perak kepada Sultan, keadilan Sultan kepada rakyatnya, kasih sayang baginda kepada anakandanya, perlaksanaan hukuman ke atas pesalah serta kekuatan seorang Sultan yang ditaati.


Melaka mencapai kegemilangannya pada zaman pemerintahan Sultan Mansur Syah. Ramai peniaga dan pedagang dari merata tempat, telah datang ke Melaka untuk berniaga. Melaka juga merupakan sebuah pusat pengembangan ajaran Islam di kepulauan Melayu. Banyak negeri di semenanjung tanah Melayu, kepulauan Riau-Lingga dan Sumatra berada di bawah naungan Melaka, antaranya ialah Pahang, Sungai Ujung, Jeram, Langat, Inderagiri, Palembang, Jambi, Lingga, Tungkal, Siantan, Brunei, Bentan, Kampar dan Siak.
Namun, ketika Melaka berada di kemuncak kecemerlangannya, Sultan Mansur Syah telah mangkat pada tahun 1477 setelah memerintah Melaka selama dua puluh satu tahun. Baginda sememangnya termasyhur sebagai seorang pemerintah Melayu yang banyak menyumbang dalam mempertahankan kedaulatan Melayu






Pemerintah Ketujuh Melaka : Sultan Alauddin Riayat Syah (1477 – 1488)




Selepas kemangkatan Sultan Mansur Syah, anakandanya Raja Hussain telah ditabalkan sebagai pemerintah ketujuh Melaka, menggunakan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah. Baginda masih muda ketika ditabalkan dan cukup terkenal dengan kekuatan dan keberaniannya. Pada awal pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, banyak kejadian rompakan dan kecurian telah berlaku di Melaka sehinggakan laporan tentang kejadian sedemikian diterima pada setiap malam. Apabila Sultan dimaklumkan tentang perkara tersebut, baginda bertekad untuk menghapuskan ancaman ini dengan menangkap dan menghukum mereka yang bersalah agar rakyatnya dapat hidup dengan aman.


Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, beberapa pemerintah asing termasuklah seorang pemimpin dari Maluku yang telah tewas di tangan musuhnya, seorang pemimpin dari Rokan serta seorang pemimpin dari Terengganu yang bernama Telanai Terengganu, telah datang ke Melaka untuk memberi penghormatan kepada Sultan. Kedatangan mereka telah disambut baik oleh Sultan. Sultan sangat berbesar hati menerima pemerintah dari Maluku itu kerana kemahirannya yang cukup hebat dalam permainan sepak raga.
Pada tahun 1488, setelah memerintah Melaka selama sebelas tahun, Sultan Alauddin Riayat Syah mangkat pada usia tiga puluh tahun. Baginda kemudiannya turut dikenali sebagai Marhum Berdarah Putih dan dimakamkan di Pagoh, berdekatan dengan Muar. Namun, tiada penjelasan mengapa Sultan Alauddin dimakamkan di Pagoh, yang terletak agak jauh dari Melaka. Ini mungkin kerana Pagoh sudah lama mempunyai kaitan dengan pemerintah Melayu di Melaka. Beberapa makam pemerintah Melayu yang lain juga terletak di Pagoh






Pemerintah Kelapan Melaka : Sultan Mahmud Syah (1488 – 1511)




Selepas kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah pada tahun 1488, anakandanya Raja Mahmud ditabalkan sebagai pemerintah kelapan Melaka. Baginda menggunakan gelaran Sultan Mahmud Syah dan masih muda ketika ditabalkan sebagai pemerintah Melaka. Oleh yang demikian, Melaka diletakkan di bawah pentadbiran Tun Perak, yang dibantu oleh pembesar-pembesar yang lain. Pembesar-pembesar Melaka terdiri daripada Tun Tahir Seri Nara Diraja sebagai Bendahari, Tun Mutahir sebagai Temenggung Seri Maharaja yang bertanggungjawab atas keselamatan dalam negeri, Hang Tuah sebagai Laksamana yang memimpin angkatan laut Melaka dan Tun Kerutup Seri Bija Diraja sebagai pemerintah angkatan darat.


Bendahara Paduka Tun Perak meninggal dunia pada tahun 1498 setelah berkhidmat di bawah empat orang Sultan Melaka, iaitu Sultan Muzaffar, Sultan Mansur, Sultan Alauddin dan Sultan Mahmud. Sultan Mahnud Syah kemudian melantik Tun Perpatih Putih, adik kepada Bendahara Paduka Tun Perak sebagai Bendahara Melaka yang baru dan dikenali sebagai Bendahara Putih.
Apabila Sultan Mahmud meningkat dewasa, baginda mengahwini saudara sepupunya, anakanda kepada Sultan Pahang, Sultan Muhammad Syah. Mereka dikurniakan dua orang puteri dan seorang putera yang bernama Raja Ahmad. Apabila Bendahara Tun Perpatih Putih meninggal dunia, Sultan Mahmud melantik Tun Mutahir Temenggung Seri Maharaja, adik kepada ibundanya sebagai Bendahara Melaka yang baru dengan gelaran Bendahara Seri Maharaja. Anaknya Tun Hasan pula dilantik menjadi Temenggung dengan gelaran Temenggung Tun Hasan.


Kota Melaka semakin berkembang maju dengan kedatangan pedagang-pedagang asing selepas perlantikan Tun Mutahir. Ini adalah kerana kebijaksanaan dan kelancaran pentadbiran Bendahara Seri Maharaja dan kebolehannya menarik pedagang-pedagang asing untuk datang ke Melaka.
Apabila isteri Sultan Mahmud, puteri Pahang, mangkat, baginda berhasrat untuk mengahwini seorang puteri yang rupawan yang dipercayai tinggal di Gunung Ledang. Puteri itu telah menetapkan beberapa syarat yang perlu ditunaikan oleh Sultan Mahmud sebelum baginda dapat mengahwininya dan syarat-syaratnya termasuklah sejumlah besar emas dan perak serta semangkuk darah Raja Ahmad, putera Sultan yang masih kecil. Oleh kerana tidak sanggup memenuhi syarat yang terakhir itu, Sultan telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya mengahwini puteri tersebut. Walau bagaimanapun, sukar untuk dipastikan samada peristiwa ini benar-benar berlaku atau hanya sekadar satu lagenda. Namun, kisah ini kerap diceritakan secara turun temurun di kalangan orang-orang Melayu Melaka dan Johor.
Semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah, Laksamana Hang Tuah telah meninggal dunia pada usia yang lanjut. Beliau telah diberikan acara pengkebumian rasmi dan disemadikan di Tanjung Keling, Melaka. Sultan kemudiannya melantik Khoja Hasan, menantu kepada Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka yang baru dan dikenali sebagai Laksamana Khoja Hasan.


Di sekitar tahun 1500, Melaka masih berada di kemuncak kekuasaan dan kegemilangannya. Kota Melaka menjadi pusat empayar Melayu yang unggul dan juga pusat perdagangan bagi kain dari India, tembikar dan sutera dari China dan rempah ratus dari kepulauan Melayu, serta markas aktiviti pengembangan Islam di kepulauan Melayu.
Pada tarikh 11 September 1509, semasa pemerintahan Sultan Mahmud dan Tun Mutahir sebagai Bendahara, satu angkatan Portugis yang terdiri daripada lima buah kapal besar yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira telah mendarat di pelabuhan Melaka. Kedatangan orang-orang Portugis ini membawa petanda buruk kerana sejurus kemudian bermulalah keruntuhan dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.






Kedatangan orang-orang Portugis (1511 - 1624)




Setelah menakluki Goa, Portugis mendapati bukan India tetapi sebaliknya Asia Tenggara yang boleh memberi kekayaan kepada mereka. Mereka telah mengumpul maklumat daripada setiap pelaut yang datang ke Goa dan akhirnya membuat kesimpulan bahawa sesiapa yang memerintah Melaka akan mempunyai kuasa untuk menggegarkan Venice


Bagi mengukur kekuatan Melaka, Portugis telah menghantar sepasukan peninjau dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez de Sequeira. Angkatan itu tiba di Melaka pada 11 Ogos 1509 dan de Sequeira menghantar salah seorang nakhodanya mendarat dengan membawa warkah dan hadiah dari Raja Portugis kepada Sultan. Penduduk Melaka tidak pernah melihat orang Eropah sebelum ini dan apabila kelasi-kelasi Portugis itu medarat, orang-orang Melayu mula mengerumuni mereka. Mereka amat terpegun dengan paras rupa serta warna kulit orang-orang Portugis ini. Mereka mula menyentuh janggut perang orang Portugis, mengusap kepala dan memegang tangan mereka dan menggelar mereka sebagai Benggali Putih.
Setibanya angkatan Portugis, Bendahara Melaka telah menerima kiriman warkah dan hadiah yang dibawa untuk dipersembahkan kepada Sultan. Pada mulanya, tetamu ini dilayan dengan baik tetapi keadaan berubah apabila orang-orang India dan Arab Muslim mendesak Sultan dan Bendahara agar tidak mempercayai pihak Portugis. Mereka mendakwa bahawa pihak Portugis tidak akan berpuas hati dengan hanya sekadar berkongsi keuntungan perniagaan tetapi akan merampas keseluruhannya untuk diri mereka sendiri. Justeru, satu perancangan telah dibuat untuk menangkap orang-orang Portugis dan menyerang angkatan laut mereka. Bagaimanapun, perancangan tersebut telah terbongkar apabila seorang gadis Jawa yang sedang dilamun cinta dengan salah seorang kelasi Portugis telah memaklumkan mereka. Setelah mendapati rancangan mereka telah terbongkar, pihak Melayu bertindak menangkap Ruy de Aranjo, salah seorang nakhoda Portugis bersama dua puluh kelasinya yang tidak bersenjata yang sedang membeli barang keperluan. De Sequeira gagal membebaskan tahanan tersebut dan terpaksa berlayar meninggalkan mereka.


Apabila Alfonso D’ Albuquerque, Gabenor dan Ketua Nakhoda Portugis di Timur mendapat berita tentang penangkapan orang-orangnya, dia telah mempersiapkan sebuah angkatan yang mengandungi lapan belas buah kapal dengan 1,400 anggota yang terdiri daripada 800 orang Portugis dan 600 orang India Malabar, lalu menuju ke Melaka. Angkatan D’ Albuquerque tiba di pelabuhan Melaka pada 1 Julai 1511 dengan tujuan untuk menaklukinya dan menubuhkan sebuah kerajaan baru. Setelah mendapat berita yang D’ Albuquerque dan angkatannya telah melepaskan tembakan meriam ke atas Melaka, Sultan Mahmud Syah menuntut penjelasan tentang tindakan Portugis ini. D’ Albuquerque menuntut pembebasan orang-orangnya yang ditawan dan bayaran pampasan ke atas kerugian yang mereka tanggung. Sultan Mahmud Syah menggunakan pelbagai helah dan melengah-lengahkan masa bagi memperkukuhkan lagi kubu pertahanan serta mempersiapkan segala bekalan di kedua belah bahagian Melaka yang dipisahkan oleh sungai. Pihak Portugis hilang sabar dan mengambil keputusan untuk membakar sebahagian rumah yang terletak di persisiran pantai serta kapal-kapal perdagangan yang sedang berlabuh kecuali tongkang-tongkang China dan kapal-kapal India dari Tanjung Kormorin.
Justeru, Melaka membebaskan semua tawanan akan tetapi D’ Albuquerque masih belum berpuas hati. Dia mengarahkan satu serangan dilakukan ke atas kota Melaka. Kota Melaka terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian utama kota dan bahagian pinggir kota di seberang sungai di mana para pedagang menetap. D’ Albuquerque merancang untuk menguasai jambatan yang menghubungkan kedua bahagian kota ini bagi menghalang mereka daripada saling bantu membantu di antara satu sama lain. Serangan tersebut dilancarkan pada 25 Julai 1511. Beliau sendiri mengetuai sepasukan beberapa ratus anggota tentera ke bahagian utara kota manakala sepasukan lagi bertindak menyerang jambatan. Maka berlakulah pertempuran sengit di antara tentera Portugis dengan tentera Melayu dan Jawa, yang mengakibatkan ramai yang cedera parah atau terbunuh. Pihak Portugis akhirnya terpaksa mengundurkan diri kembali ke kapal mereka dengan membawa askar yang tercedera. Serangan pertama mereka gagal.


Selang beberapa hari kemudian, D’ Albuquerque menyerang Melaka sekali lagi dan akhirnya Melaka telah jatuh ke tangan Portugis pada tanggal 10 Ogos 1511. Justeru, Sultan Mahmud Syah dan keluarganya berundur ke Ulu Bertam, Pahang. Pengunduran Sultan ke Ulu Bertam membolehkan pihak Portugis melenyapkan saki-baki tentangan dari tentera diraja yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Gujerat dan India. Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota serta membunuh sesiapa sahaja yang disyaki menentang mereka, tidak kira lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Orang-orang dari Pegu, Burma dan orang-orang Hindu dari Tanjung Kormorin dibenarkan meninggalkan Melaka tetapi terpaksa menyerahkan segala harta benda mereka kepada Portugis.
Pada 24 Ogos tahun 1511, Alburqueque telah mengarahkan askar-askarnya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Di antara barang-barang yang dirampas adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas. Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.
Bagi mempertahankan dan memperkuatkan lagi pengkalan Portugis, Alburquerque telah membina sebuah kubu yang terletak di antara kawasan tanah tinggi dan Sungai Melaka. Kubu tersebut dikenali sebagai A Farmosa. Beratus-ratus pekerja, hamba dan tawanan perang telah dikerah untuk membina kubu tersebut. Batu-batu daripada masjid-masjid yang telah musnah dan makam-makam diraja telah digunakan untuk membina tembok tebal kubu ini. Di dalam kubu tersebut dibangunkan pula Istana Gabenor dan istana Paderi Besar, kamar Dewan Kerajaan, beberapa gereja, berek-berek, dua buah hospital, biara dan sebuah penjara.


Alburquerque juga telah berjaya menghapuskan tentangan dari Utimutiraja, Sultan Ahmad dan orang-orang Jawa yang ingin merampas Melaka kembali dari tangan Portugis. Beliau telah melantik Rui de Brito sebagai Gabenor dan Nina Chattu sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudiannya memastikan keamanan serta aktiviti perdagangan dipulihkan dengan menggalakkan pedagang-pedagang membuka kembali perniagaan mereka. Selain itu, beliau juga telah menghantar beberapa misi persahabatan ke Siam, Jawa, China dan Kepulauan Maluku. Magellan, yang merupakan orang pertama belayar ke seluruh dunia dari tahun 1519 hingga ke tahun 1522, adalah salah seorang pegawai Albuquerque ketika penawanan Melaka.
Bagi memastikan perdagangan berjalan lancar, Albuquerque telah memperkenalkan mata wang yang baru di Melaka. Walaupun aktiviti perdagangan secara amnya dijalankan secara barter, terdapat juga beberapa urus niaga yang dijalankan dengan menggunakan wang timah Melayu. Wang baru yang diperkenalkan oleh Portugis adalah dalam bentuk timah atau tembaga, perak dan emas.
Apabila beliau telah berpuas hati dengan keadaan di Melaka, Albuquerque pun kembali ke markasnya di Goa. Beliau meninggalkan Melaka pada Januari 1512, membawa bersamanya kesemua khazanah Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja dan Permaisuri Portugal. Walau bagaimanapun, kapalnya, Flora de la Mar, telah dilanda badai di perairan barat Sumatra. Hampir kesemua barang-barang yang dibawanya hilang, namun beliau bernasib baik kerana terselamat dari bencana tersebut.


Pihak Portugis berjaya mengekalkan kekuasaan mereka di Melaka daripada mana-mana musuh selama 130 tahun dan kota itu terus menjadi pusat perdagangan di timur, terutamanya dalam dagangan rempah ratus. Manakala Sultan Mahmud pula berundur dari Teloh Naning ke Ulu Muar, dan kemudian menetap di Pagoh dan Bentayan. Sultan Mahmud dan keturunananya membina empayar Johor-Riau yang merangkumi Johor, kepulauan Riau, Pahang dan lain-lain bahagian kerajaan Melaka yang tidak dijajah Portugis. Walaupun Melaka sudah jatuh ke tangan Portugis, Sultan Mahmud dan puteranya Sultan Ahmad tidak putus-putus menghantar tenteranya untuk menyerang Portugis di Melaka dari tahun 1511 sehingga tahun 1526. Sultan Mahmud mangkat di Kampar, Sumatera pada tahun 1528 dan digelar Marhum Kampar. Tidak lama kemudian, laksamananya, Khoja Hassan juga meninggal dunia. Hang Nadim telah dilantik sebagai laksamana yang baru. Hang Nadim pernah membantu Sultan Mahmud di dalam dua cubaan untuk mendapatkan semula takhta baginda pada tahun 1519 dan 1523. Hang Nadim juga pernah berusaha mengepung Melaka dengan tujuan menghalang bekalan makanan daripada masuk ke kota Melaka. Dia telah membuktikan kepimpinan dan keberaniannya dengan mengalahkan Portugis ketika mereka menyerang Bintam dan Kopak. Kegagahannya amat dikagumi oleh orang Melayu dan serangan bertubi-tubi ke atas Portugis telah melemahkan semangat perjuangan mereka serta merugikan perdagangan mereka di Melaka.
Namun, Portugis mempunyai musuh yang lebih kuat iaitu Acheh di utara Sumatera, yang terletak di seberang Selat Melaka. Sultan-sultannya merupakan pejuang Islam dan mereka juga menguasai perdagangan lada hitam di Sumatera. Sultan Acheh yang berkeinginan menawan Melaka, telah beberapa kali melancarkan serangan, namun tidak berjaya. Pihak Portugis kemudiannya membuka beberapa buah pengkalan di serata kepulauan Melayu dan di China. Portugis mampu mengekalkan kekuasaan mereka selagi mereka menguasai lautan dan selagi kehebatan kapal-kapal mereka tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kapal dari Asia. Namun, lama kelamaan pihak Portugis tidak berdaya menyaingi kemampuan teknologi pembinaan kapal di lain-lain negara Eropah. Pihak Portugis tidak dapat menandingi kehebatan kapal-kapal Belanda dan Inggeris yang mula datang ke timur.


Portugis merupakan orang Eropah yang pertama datang ke timur dan membawa bersama mereka budaya dan agama yang baru. Mubaligh mereka telah menyebarkan ajaran Kritian di India, Melaka, kepulauan Maluku, Makau dan Jepun. Di antara mubaligh yang terkenal ialah St. Francis Xavier. Dia tiba di Melaka dari Goa pada tahun 1545 dan mengembara di serata rantau Asia seperti Jepun, India dan Amboyna untuk menyebarkan ajaran Kristian. Dia merupakan orang pertama membina sekolah yang dinamakan Kolej St. Paul di Melaka pada tahun 1548 untuk pelajar dari pelbagai bangsa. St Francis Xavier mati di pulau Sanchan di perairan China pada bulan Disember tahun 1552. Jenazahnya di bawa ke Melaka dan seterusnya ke Goa, di mana ia masih disimpan sehingga hari ini.
Orang-orang Portugis digalakkan mengahwini wanita tempatan lantas mewujudkan sebuah komuniti Serani yang besar tidak lama kemudian. Pada hari ini, komuniti Serani Portugis masih ada di Melaka dan di bandar-bandar lain di Malaysia dan kebanyakan dari mereka bertutur dalam dialek Portugis. Walaupun Portugis kehilangan kuasa di Melaka lebih 300 tahun dahulu, banyak perkataan dalam bahasa mereka yang digunakan dalam bahasa Melayu. Di antara contoh perkataan-perkataan tersebut adalah almari (almario), bendera (bandera), mentega (mantaga), garfu (garfo) dan meja (mesa)






Belanda menawan Melaka daripada Portugis (1641 – 1824)




Pihak Belanda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Portugis, merupakan pelanggan utama mereka dalam rempah ratus dan lain-lain barangan dari timur, yang diedarkan ke seluruh bahagian utara benua Eropah. Bagaimanapun, pada tahun 1580 negara Portugal bergabung dengan negara Sepanyol di bawah pemerintahan Raja Philip II, yang merupakan seteru utama Belanda.


Baginda telah melarang pihak Belanda dari memasuki pelabuhan yang dikuasai Portugis. Dengan sebab itu, pihak Belanda terpaksa mendapatkan bekalan mereka dari sumber yang lain dan mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke timur untuk melenyapkan penguasaan pihak Portugis dalam perdagangan rempah ratus. Pihak Portugis yang berpengkalan di Goa dan Melaka mengadakan beberapa cubaan untuk menghalang kemasukan kapal-kapal Belanda ke Asia Timur, namun tidak berjaya. Kapal-kapal mereka tidak dapat menyaingi kapal-kapal Belanda yang lebih baru dan mempunyai kelengkapan yang lebih baik. Tambahan pula, pemerintah-pemerintah di Indonesia menyambut baik pihak Belanda dengan harapan persaingan sengit di antara Belanda dan Portugis akan menaikkan lagi harga pasaran barangan keluaran negara mereka dan menghasilkan kutipan cukai yang lebih tinggi.
Pihak Belanda dapat menyaingi Portugis dengan mudah kerana mereka mempunyai pelayar yang lebih mahir dan kapal-kapal yang lebih hebat, yang membolehkan mereka membawa rempah ratus ke Eropah dengan kos yang lebih murah dari pihak Portugis. Pada tahun 1602, Syarikat Hindia Timur Bersekutu Belanda ditubuhkan untuk menyatukan kesemua syarikat Belanda di Asia demi kebaikan bersama pedagang Belanda. Syarikat tersebut dengan kebenaran kerajaan Belanda, telah memonopoli perdagangan di Asia dan berkuasa untuk membuat perjanjian dan pakatan dengan pemerintah tempatan, menakluki jajahan dan membina kubu pertahanan. Semua pengkalan Belanda yang berada di India Timur telah diambil alih oleh Syarikat tersebut.


Pada tahun 1605, angkatan bersenjata Syarikat ini telah berjaya menawan kubu Portugis di Amboyna dan menjadikan pulau tersebut sebagai jajahan pertamanya di kepulauan Melayu. Setelah berjaya menawan Amboyna dengan mudah, Belanda yakin bahawa mereka juga boleh menawan Melaka. Pada tahun 1606, pihak Belanda membuat satu perjanjian dengan Sultan Johor dengan tujuan untuk menawan Melaka. Walau bagaimanapun, serangan pakatan Belanda-Melayu telah gagal dan Melaka terus berada di bawah jajahan Portugis selama 35 tahun yang seterusnya. Belanda mempunyai satu matlamat utama untuk menawan Melaka. Mereka mahu Betawi menjadi satu-satunya pusat perdagangan barangan timur dan untuk mencapai matlamat tersebut, mereka perlu menghentikan perdagangan Portugis di Melaka. Oleh itu, di antara tahun 1619 dan tahun 1640, pihak Belanda dengan kekuatan angkatan laut mereka telah berjaya mengalihkan kebanyakan perdagangan dari Melaka ke Betawi. Namun, pihak Belanda khuatir tentang kemungkinan Melaka jatuh ke tangan kuasa Eropah yang lain yang boleh memberi persaingan kepada Betawi. Satu-satunya cara untuk menghindari perkara ini dari berlaku ialah dengan menawan Melaka dan menjadikannya sebuah wilayah Betawi.
Pihak Belanda membuat serangan yang berterusan ke atas kapal-kapal Portugis pada awal kurun ke-17 dan pada tahun 1606, mereka telah melancarkan satu serangan ke atas Melaka, namun gagal. Pada tahun 1640, pihak Belanda dengan pakatan bersama pihak Melayu telah mengepung kota Melaka dan menghalang kemasukan bekalan makanan. Orang-orang dari Johor mengawal bahagian sungai dan perkampungan di sekitar kota manakala pihak Belanda mengawal laluan masuk dari arah laut. Pihak Belanda juga membina benteng yang mempunyai beberapa pucuk meriam yang dihalakan ke arah kubu pertahanan di bahagian timur, supaya mereka boleh membedil pihak Portugis. Musim hujan pun bermula dan banjir yang berlaku menyebabkan kawasan rendah di mana pihak Belanda berpengkalan ditenggelami air. Wabak malaria juga merebak di kalangan tentera Belanda dan Portugis, membunuh ramai daripada mereka termasuklah dua orang nakhoda Belanda dan seterusnya melemahkan semangat perjuangan kedua belah pihak.






Portugis menyerah kalah kepada Belanda (1641 – 1824)

Pada jam 10 pagi, 14 Januari 1641, Melaka telah jatuh ke tangan Belanda. Komandan Belanda, Willemson Kaatokoe, yang ditempatkan di sebuah pengkalan di Kampung Keling, telah memasuki kubu untuk membincangkan tentang peralihan kuasa dan syarat-syarat penyerahan dengan Gabenor Portugis, Dom Manuel de Souza Coutinho.


Beliau bersetuju untuk membebaskan semua tawanan Portugis berserta barangan milik mereka setelah mendengar rayuan daripada seorang paderi. Hanya pasukan tentera diraja Portugis ditawan dan dibawa ke Betawi. Gabenor terakhir Portugis mati dua hari selepas kemenangan pihak Belanda. Belanda telah mengepung Melaka selama lapan bulan dan sepanjang tempoh tersebut hampir 7,000 penduduk Melaka terbunuh dan 10,000 lagi lari meninggalkan Melaka. Pihak Belanda kehilangan seramai 1,500 tentera termasuk tiga orang nakhoda kerana masalah kesihatan. 200 orang tentera Portugis terbunuh dan 500 lagi mati akibat gejala malaria. Kekalahan Portugis ini menandakan berakhirnya pemerintahan mereka di Melaka.
Selepas ditawan, Melaka berfungsi sebagai pengkalan untuk menghalang musuh Belanda dari memasuki Selat Melaka dan juga merupakan pusat pengumpulan hasil dari semenanjung tanah Melayu, terutamanya bijih timah. Belanda tidak memberi tumpuan kepada Malaya dan sepanjang pemerintahan mereka, kerajaan Johor-Riau, yang merupakan sekutu Belanda, dibiarkan menjadi lemah. Sehingga tahun 1800, kesemua negeri-negeri yang bernaung di bawah kerajaan ini keluar dari naungan Sultan Johor dan mengisytiharkan negeri mereka merdeka.


Kebebasan Beragama
Kebebasan beragama merupakan faktor utama yang mengekalkan keharmonian sosial semasa pemerintahan Kesultanan Melayu. Sebaliknya, Portugis mengharamkan sebarang amalan agama selain daripada Katolik Rumawi. Pihak Belanda pula tidak begitu tegas tentang anutan agama penduduk dan mengamalkan toleransi dalam perkara ini. Walau bagaimanapun, mereka menentang amalan agama Katolik Rumawi sehingga tahun 1695, kerana sistem yang diamalkan di Eropah, menggabungkan urusan kerajaan dengan ajaran agama. Namun sebagai ahli perniagaan dan pedagang, orang Belanda tidak mempunyai rasa belas kasihan terhadap pesaingnya. Oleh kerana sikap yang sedemikian, pedagang-pedagang China mula mengubah haluan perdagangan mereka dan hasilnya, kemajuan yang sekian lama melimpahi Melaka mula merosot begitu juga jumlah penduduknya






Belanda menyerahkan Melaka kepada Inggeris (1824 – 1941)




Orang Bugis mula datang ke Malaya dengan jumlah yang besar pada awal kurun ke-18. Pihak Belanda tidak campur tangan dalam urusan orang Bugis dan membiarkan Kerajaan Johor-Riau jatuh ke tangan mereka. Hanya apabila orang Bugis mula memberi saingan yang hebat dalam perdagangan bijih timah, barulah pihak Belanda mengambil tindakan terhadap mereka.


Oleh yang demikian, pada tahun 1784 Belanda menawan Riau, pusat kerajaan tersebut dan menjadikan kerajaan Johor-Riau sebagai jajahan negara Belanda. Peperangan yang berlaku di antara Bugis dan Belanda dari tahun 1755 hingga tahun 1758 dan dari tahun 1783 hingga tahun 1784 bukan hanya melemahkan kuasa dan pengaruh Belanda di kawasan tersebut, malah telah menyebabkan kekayaan Syarikat Hindia Timur Belanda merosot. Walaupun Melaka masih lagi menarik perhatian para pedagang, Riau telah mengambil alih sebagai pintu masuk ke Selat Melaka. Pihak Inggeris pula sudah mula tiba ke kawasan ini sebagai satu kuasa baru, terutamanya selepas peperangan keempat mereka dengan Belanda di antara tahun 1781 hingga tahun 1783. Mereka juga berjaya mempengaruhi beberapa pemerintah tempatan untuk menyebelahi mereka dan telah membuka sebuah pengkalan di Pulau Pinang pada tahun 1786.
Golongan Revolusi Perancis yang telah mengisytiharkan perang dengan Inggeris pada tahun 1793, telah diundang oleh Pergerakan Patriotik Revolusi Belanda yang dikenali sebagai “the Velvet Revolution”, pada tahun 1795 untuk menyerang Raja Belanda, William V of George, yang meminta perlindungan dengan Inggeris. Oleh kerana itu, seluruh jajahan Belanda di seberang laut terpaksa mengambil langkah untuk mempertahankan diri mereka sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan pusat. Justeru, pihak Inggeris memutuskan untuk mengambil alih seluruh jajahan Belanda bagi mengelakkan mereka dirampas oleh pihak Perancis.


Pada 15 Ogos 1795, angkatan Inggeris telah tiba di Melaka dan mengambil alih kuasa dari tangan Gabenor Belanda, Abrahamus Couperus. Walaupun berlaku tentangan terhadap penyerahan Melaka kepada Inggeris, ianya tidak mengakibatkan sebarang pergeseran di antara mereka. Melaka terus ditadbir oleh pegawai Belanda di bawah pengawasan seorang Residen Inggeris.
Berdasarkan Perjanjian Vienna pada tahun 1814, Melaka telah dikembalikan kepada Belanda pada 21 September 1818, namun Melaka diserahkan semula kepada pihak Inggeris pada 17 Mac 1824 berikutan Perjanjian London. Perjanjian ini membolehkan kedua-dua kuasa barat ini menumpukan perhatian mereka kepada kawasan jajahan masing-masing.


Robohnya Kubu Melaka
Pihak Inggeris di Pulau Pinang mengetahui bahawa Melaka perlu diserahkan kembali kepada Belanda apabila tamat perang. Namun, Inggeris enggan memulangkan Melaka kerana khuatir ianya akan mengganggu pembangunan penempatan baru mereka di Pulau Pinang. Oleh yang demikian, mereka bertindak merosakkan nama dan pengaruh Melaka dengan mengalihkan tumpuan perdagangan dari Melaka ke Pulau Pinang, merobohkan kubu dan kota Melaka serta memindahkan 15,000 orang penduduknya ke Pulau Pinang. Dengan cara ini, Melaka tidak lagi dapat menyaingi Pulau Pinang dari segi perdagangan apabila ia diserahkan semula kepada pihak Belanda. Seterusnya, jika terdapat keperluan untuk menyerang Melaka pada masa akan datang, tiada lagi kubu tersebut untuk menghalang mereka.
Gabenor Pulau Pinang telah mengarahkan Kapten William Farquhar untuk memusnahkan kubu Melaka pada tahun 1807 dan hampir keseluruhan kubu tersebut dimusnahkan pada tahun 1808. Walau bagaimanapun, Stamford Raffles, yang merupakan pembantu setiausaha negeri Pulau Pinang telah tiba di Melaka untuk bercuti. Setelah mendapat kebenaran daripada Lord Minto, Gabenor Jeneral India, beliau sempat menghentikan kerja-kerja merobohkan kubu Melaka serta pemindahan penduduk Melaka yang berterusan. Raffles mengagumi kota lama Melaka kerana beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap sejarah, kebudayaan, bangsa dan bahasa Melayu. Beliau juga berjaya menyelamatkan pintu gerbang kubu Melaka dari diroboh dan ia masih kekal hingga ke hari ini. Usaha merobohkan kubu Melaka yang melibatkan beberapa ratus orang pekerja telah menelan belanja sebanyak 70,000 pound sterling.


Kejatuhan Melaka
Ekonomi Melaka mula merosot di sekitar pertengahan zaman penjajahan Belanda, di mana Melaka hanya dijadikan sebuah gudang untuk Betawi. Penyerahan Melaka kepada Inggeris memburukkan lagi keadaan kerana polisi mereka pada waktu itu adalah untuk menjatuhkan Melaka agar ia tidak mampu bersaing dengan Pulau Pinang. Akan tetapi, apabila Melaka diserahkan kepada Inggeris buat kali kedua pada tahun 1824, pihak Inggeris cuba membangunkan kota tersebut namun usaha itu tidak begitu berjaya. Kawasan negeri Melaka menjadi semakin kecil dan pengeluaran sumber asli seperti emas dan bijih timah juga turut berkurangan. Kerajaan Inggeris telah menghadkan pembangunan Melaka dan penduduk tempatan pula tidak mempunyai sumber untuk mengekang ekonomi Melaka yang semakin merosot. Pelabuhan Melaka tidak lagi menjadi pilihan kapal-kapal dagang setelah kehilangan daya tarikannya.
Negeri-negeri Selat (1826)
Pada tahun 1826, Pulau Pinang termasuk Seberang Perai, Melaka dan Singapura telah digabungkan untuk membentuk Negeri-negeri Selat. Pulau Pinang, yang merupakan penempatan terawal Inggeris telah dijadikan sebagai pusat pentadbiran. Lama kelamaan, kepentingan Melaka semakin luput manakala Pulau Pinang pula semakin membangun. Namun begitu, kemajuan di Singapura juga telah meningkat dari segi jumlah penduduk dan perdagangan, lantas pusat pentadbiran dipindahkan ke Singapura pada tahun 1832. Negeri-negeri Selat berada di bawah penguasaan Gabenor Jeneral di Kalkatta. Walau bagaimanapun, pada tahun 1867, Negeri-negeri Selat diasingkan dari penguasaan Inggeris di India dan telah dijadikan sebuah Koloni Diraja secara lansung di bawah penguasaan Pejabat Koloni di London.






Pembukaan Pulau Pinang (1786)




Syarikat Hindia Timur sedang mencari sebuah tempat yang sesuai di Selat Melaka untuk dijadikan sebagai pelabuhan persinggahan bagi kapal-kapalnya yang belayar jauh di antara India dan China. Mereka juga mencari sebuah pelabuhan yang dapat menggantikan Melaka, yang pada ketika itu merupakan sebuah jajahan Belanda, sebagai pusat perdagangan bagi Malaya. Justeru, Syarikat tersebut telah memilih Kedah sebagai pengkalan di perairan Malaya.


Pada tahun 1785, Syarikat ini telah mendapatkan persetujuan daripada Sultan Kedah di mana pihak Syarikat dibenarkan untuk menduduki Pulau Pinang dengan syarat mereka membayar sewa tahunan dan membantu menentang musuh-musuh Sultan terutamanya pihak Siam di utara dan pihak Bugis di Selangor. Kapten Francis Light telah dilantik sebagai Pesuruhjaya di Pulau Pinang apabila Syarikat Hindia Timur mengambil alih pulau itu secara rasmi pada 11 Ogos 1786. Pulau Pinang telah dijadikan sebagai jajahan takluk Benggala dan berada di bawah penguasaan Gabenor di Kalkatta. Tidak lama kemudian, Pulau Pinang telah menjadi sebuah penempatan yang sibuk apabila pedagang-pedagang China dan India melihat kelebihan untuk berhijrah ke sini kerana ia merupakan sebuah pelabuhan bebas dan tidak mengenakan cukai yang tinggi. Jumlah penduduknya meningkat dari 1,000 orang pada tahun 1788 kepada 12,000 orang pada tahun 1804 di mana orang Melayu merupakan jumlah yang paling ramai diikuti dengan orang India dan orang China.






James Brooke di Borneo (1841 – 1863)




James Brooke, seorang tentera, pedagang dan penjelajah, tiba di Singapura pada bulan Mei 1839 dalam perjalanannya untuk menjelajah Borneo. Sejurus sebelum ketibaannya, beberapa orang pelayar British telah terkandas di Brunei dan dilayan dengan baik oleh seorang kerabat kepada Sultan Brunei iaitu Raja Muda Hussin. Gabenor Bonham dari Negeri-negeri Selat dan para pedagang British telah meminta Brooke untuk membawa surat penghargaan dan hadiah kepada Raja Hussin.


Pada ketika itu, Raja Hussin berada di Sarawak bagi menentang satu pemberontakan terhadap Sultan Brunei. Sultan telah meminta Brooke memberikan bantuan kepada Raja Hussin dan beliau berjaya menamatkan pemberontakan tersebut. Sebagai penghargaan, Sultan Brunei telah melantik Brooke sebagai Raja Sarawak pada bulan September 1841. Raja Brooke berusaha keras untuk menghapuskan ancaman lanun dan membawa ketenteraman di kawasan persisiran utara Borneo. Ekoran dari usaha beliau, jumlah penduduk telah meningkat dua kali ganda dalam beberapa tahun pentadbirannya. Apabila arang batu ditemui di Labuan, Raja Brooke menasihatkan kerajaan British untuk mengambil Labuan dari tangan Sultan Brunei supaya ia boleh dijadikan sebagai pengkalan bekalan arang batu untuk kapal-kapal wap yang berlayar di lautan timur.


Pada tahun 1847, James Brooke telah dianugerahkan darjah kesatria dan dilantik sebagai Gabenor Labuan dan Ketua Konsol British di Borneo Utara. Beliau bersara pada tahun 1863 dan kembali menetap di England. Selepas kematiannya pada tahun 1868, anak saudaranya telah menggantikan beliau sebagai Raja Sarawak. Pada tahun 1888, Sarawak telah dijadikan sebuah negeri naungan British. Dinasti Brooke memerintah Sarawak selama seratus tahun dari tahun 1841 hingga tahun 1941 apabila Jepun menjajahi Malaya. Sarawak diserahkan kepada pihak British oleh Sir Charles Vyner Brooke pada 1 Julai 1946 apabila ia dijadikan sebuah koloni diraja.






Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896)




Gabenor baru Negeri-negeri Selat, Sir Andrew Clarke tiba pada bulan November 1873 dan dalam tempoh satu tahun, beliau telah berjaya menjadikan negeri Perak, Selangor dan Sungei Ujong di bawah naungan British. Pemerintah negeri-negeri tersebut telah menandatangani perjanjian di mana mereka bersetuju untuk menerima seorang Residen British sebagai penasihat dalam semua hal-hal pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan urusan agama dan adat resam.


Sungei Ujong merupakan negeri yang pertama di dalam Negeri Sembilan yang berada di bawah naungan British. Lain-lain negeri yang meminta perkhidmatan pegawai British adalah Jelebu pada tahun 1883, Rembau pada tahun 1887 dan pada tahun 1895 keseluruhan Negeri Sembilan telah berada di bawah naungan British. Naungan British menjangkau ke Pahang pada tahun 1888. Sebelum Negeri-negeri Melayu berada di bawah naungan British, mereka berada dalam keadaan yang mundur. Tiada sistem kerajaan yang teratur dan setiap ketua memerintah kawasan masing-masing yang boleh disamakan dengan seorang bangsawan feudal. Mereka mengenakan cukai dan membelanjakannya dengan sesuka hati tanpa membangunkan kawasan masing-masing seperti membina jalanraya, bangunan awam, sekolah atau mahkamah. Apabila Residen-residen British tiba di Perak, Selangor, Sungei Ujong dan Pahang, mereka dengan bantuan masyarakat tempatan telah menubuhkan sistem kerajaan yang teratur. Pada mulanya terdapat pelbagai tentangan dan masalah, namun lama kelamaan para Residen mampu mengatasinya. Di antara Residen yang paling bijak ialah Sir Hugh Low yang berkhidmat di Perak dari tahun 1877 hingga


Pada tahun 1889, Frank Sweetenham telah menggantikan Sir Hugh Low sebagai Residen Perak. Sweetenham dapat membayangkan pembangunan yang pesat sekiranya keempat-empat negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang digabungkan sebagai satu Persekutuan. Gabenor Negeri-negeri Selat, pemerintah-pemerintah Melayu dan lain-lain Residen telah bersetuju dengan pembentukan Persekutuan tersebut. Pada tahun 1896, keempat-empat negeri tersebut yang berada di bawah naungan British telah dijadikan sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kuala Lumpur telah dipilih sebagai pusat pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu memandangkan lokasinya yang terletak di tengah-tengah. Residen Jeneralnya yang pertama ialah Sir Frank Sweetenham.
Setelah penubuhannya, Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berkembang dengan pesat. Jumlah penduduk di keempat-empat negeri tersebut telah meningkat dari 424,000 orang pada tahun 1891 kepada 860,000 orang pada tahun 1905. Malaya menjadi pembekal utama bijih timah dunia. Selepas tahun 1900, perladangan getah dimulakan di serata negeri dan ini membawa kemakmuran kepada penduduk. Pendapatan dari hasil bijih timah, getah dan lain-lain barangan telah memberi dana kepada kerajaan untuk membina jalanraya, jambatan, landasan keretapi, sekolah dan hospital serta mengatasi masalah wabak malaria. Pada penghujung tahun 1904, jalanraya kelas pertama yang berukuran hampir 2,400 batu telah dibina dan digunakan di serata negeri sementara perkhidmatan keretapi pula disediakan di antara Prai dan Seremban.






Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu




Pada tahun 1906, permintaan bagi getah telah naik secara mendadak apabila kereta mula dicipta kerana ia diperlukan dalam pembuatan tayar di kilang-kilang di seluruh dunia terutamanya di Amerika Syarikat. Harga pasaran getah meningkat dengan mantap dan peladangan getah menjadi industri utama di Malaya.


Pihak British seterusnya mahu menjadikan keseluruhan Malaya sebagai jajahannya dan menetapkan sempadan yang jelas di antara Siam dan Malaya. Satu perjanjian telah ditandatangani dengan Siam pada tahun 1909 di mana Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis telah dijadikan negeri naungan British. Negeri-negeri ini membentuk sebuah kumpulan baru yang dinamakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Penasihat-penasihat British telah dihantar untuk membantu Sultan mentadbir negeri-negeri tersebut dengan teratur. Pada Tahun 1914, Johor telah menandatangani satu perjanjian dengan pihak British bagi menerima khidmat Penasihat British dan menjadi sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.


Justeru, selepas tahun 1914, Malaya terbahagi kepada 3 unit politik iaitu : (a) Koloni Diraja Negeri-negeri Selat yang terdiri daripada Singapura (termasuk Pulau Krismas dan Pulau Kokos), Pulau Pinang dan Seberang Prai, Melaka dan Labuan. (b) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. (c) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang terdiri daripada Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Johor.






Pendidikan




Kemajuan dalam pendidikan adalah perlahan, tetapi masih mantap. Sekolah-sekolah Inggeris dibina oleh Kerajaan di kebanyakan bandar. Selain itu, ada juga sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pergerakan Kristian seperti “the Brother’s School” dan “the Anglo-Chinese School”. Sebuah kolej perubatan dibuka pada tahun 1910 bagi melahirkan doktor perubatan dan doktor gigi tempatan. Manakala Kolej Raffles yang merupakan institut pengajian tinggi dalam bidang seni dan sains telah dibuka pada tahun 1928. Kedua-dua kolej ini merupakan teras kepada Universiti Malaya yang dibuka pada tahun 1949.


Di Negeri-negeri Melayu, sekolah-sekolah Melayu bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan didirikan bagi menyediakan pendidikan percuma kepada anak-anak orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk. Kolej Sultan Idris di Tanjung Malim, yang sekarang dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, telah menghasilkan ramai tenaga guru untuk sekolah-sekolah tersebut. Bagi kaum India pula, semua ladang-ladang estet perlu menyediakan kemudahan sekolah rendah jenis Tamil bagi anak-anak pekerja estet yang berbangsa India.






Sistem Komunikasi




Kerajaan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu berusaha keras untuk membangunkan Malaya dengan pelbagai cara. Malaya bertambah maju, di mana pendapatan bagi Negeri-negeri Selat bertambah lebih lima kali ganda dalam jangkamasa kurang dari empat puluh tahun manakala bagi Negeri-negeri Melayu pula, lebih sembilan kali ganda dalam jangkamasa yang sama. Sebahagian besar daripada pendapatan tersebut digunakan untuk membina sistem perhubungan yang mantap. Jalanraya dan landasan keretapi dibina di seluruh negara bagi menghubungkan kawasan perlombongan dan perladangan dengan persisiran pantai. Pada tahun 1937, jalanraya yang berukuran hampir 9,000 kilometer telah dibina di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, 1,165 kilometer di Negeri-negeri Selat dan 2,500 kilometer di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.


Pada tahun 1885, perkhidmatan keretapi yang pertama telah disediakan iaitu dari Taiping ke Port Weld. Pada tahun 1909, perkhidmatan keretapi telah berkembang dari Singapura ke Pulau Pinang. Di samping itu, perkhidmatan feri juga disediakan bagi menghubungkan Prai dan Pulau Pinang. Tambak Johor yang siap dibina pada tahun 1923 telah mengembangkan lagi perkhidmatan keretapi hingga ke Singapura, yang sudah pun mempunyai landasan dari Tank Road ke Bukit Timah yang dibina sejak tahun 1903. Pembangunan infrastruktur perhubungan di timur Malaya agak perlahan, namun pada tahun 1931, perkhidmatan keretapi akhirnya disediakan, menghubungkan Gemas dan Kota Bharu






Perkhidmatan Kesihatan dan Perubatan




Malaria merupakan pembunuh utama di Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 1898, Sir Ronald Ross telah mengesan punca penyakit ini iaitu dari nyamuk tiruk yang membiak di kawasan berpaya. Pada tahun 1901, Dr. Malcolm Watson telah menguji teori Dr. Ross dengan mengeringkan keseluruhan kawasan persekitaran bandar Kelang dan dalam masa dua tahun, Kelang bebas dari wabak malaria. Ini membuktikan bahawa malaria adalah sejenis penyakit yang boleh dikawal dan pada tahun 1920, wabak malaria telah berjaya dikawal di kebanyakan kawasan di Malaya.


Hospital telah dibina di bandar-bandar besar manakala pusat perubatan serta pusat penjagaan kanak-kanak disediakan untuk ribuan penduduk di serata kawasan bandar dan kampung. Perkhidmatan perubatan di Malaya adalah di antara yang terbaik di Asia Tenggara. Malaya juga merupakan salah sebuah negara yang mempunyai tahap kesihatan yang tertinggi di dunia. Beberapa usaha pendidikan telah giat dijalankan dari tahun 1920 hingga tahun 1940 bagi mengalakkan penduduk menggunakan kemudahan hospital. Melalui pendidikan ini, mereka dapat menghilangkan rasa takut untuk ke hospital dan mendapat kesedaran tentang manafaat yang boleh diperolehi dari teknologi perubatan Barat






Perang Dunia Pertama (1914 – 1918)




Peperangan telah meletus di Eropah pada tahun 1914 di antara Jerman dan British serta negara-negara sekutunya. Peperangan merebak dari sebuah negara ke negara yang lain sehingga akhirnya hampir keseluruhan negara di dunia terlibat. Walau bagaimanapun, Malaya tidak terjejas oleh Perang Dunia Pertama kerana beberapa faktor. Faktor yang pertama adalah kerana Perancis dan Jepun yang merupakan sekutu kepada pihak British membolehkan Malaya mendapat perlindungan daripada negara-negara jiran seperti India yang merupakan jajahan British, IndoChina yang merupakan jajahan Perancis dan Formosa yang merupakan sebahagian daripada Empayar Jepun.


Faktor yang kedua adalah kerana pihak Belanda yang bersikap berkecuali menyebabkan Malaya tidak diancam oleh negara-negara Hindia Timur Belanda. Faktor yang ketiga adalah kerana tentera Jerman tidak mempunyai pengkalan yang berdekatan untuk membolehkannya menyerang atau menakluki Malaya.
Malaya terus menghasilkan pengeluaran getah dan bijih timah untuk dibekalkan kepada pihak Pakatan. Pada tahun 1915, rakyat Malaya mempersembahkan sebuah kapal perang yang diberi nama H.M.S Malaya seberat 30,000 tan dan dilengkapi dengan lapan pucuk meriam 15 inci kepada British. Walaupun Perang Dunia Pertama tidak melibatkan Malaya, namun sedikit pengalaman perang dapat dirasai ketika sebuah kapal perang Jerman iaitu Emden menenggelamkan sebuah kapal perang Russia dan sebuah bot torpedo Perancis di Pulau Pinang pada tahun 1914, dan juga ketika pasukan tentera India, iaitu Infantri Ringan Kelima (Benggali) berpaling tadah di Singapura pada 15 Februari 1915.



Perang Dunia Kedua (1941 – 1945)




Perang Dunia Kedua bermula di Eropah pada 3 September 1939. Pada bulan Jun tahun 1940, Norway, Holland, Belgium, Luxembourg dan Perancis telah dijajah oleh pihak tentera Jerman, justeru, meninggalkan pihak British bersendirian menangkis kemaraan tentera Jerman. Jepun pula, yang sudah sekian lama berkeinginan untuk menguasai kawasan Asia Tenggara telah mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam peperangan ini dengan berpihak kepada Jerman pada 8 Disember 1941. Malaya tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang kemaraan tentera laut dan tentera udara Jepun kerana kekuatan tentera British ditumpukan sepenuhnya di Eropah.


Pada 13 Disember 1941, tentera Jepun telah berada di Kedah dan memulakan kemaraan mereka ke Singapura. Tentera Jepun mendarat di Singapura pada 8 Februari dan Singapura menyerah kalah kepada Jepun pada tanggal 15 Februari 1942.
Pihak Jepun menubuhkan pentadbiran tenteranya di Malaya, yang bertahan selama 42 bulan. Penjajahan Jepun telah membawa penderitaan kepada kebanyakan penduduk. Penjajahan ini tamat apabila pihak Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945. Tentera British di bawah Lord Louis Mountbatten menduduki semula Malaya pada 5 September 1945 dan Pentadbiran Tentera British ditubuhkan untuk mengurus negara in






Pentadbiran Tentera British



Pada 14 Ogos 1945, pihak Jepun telah menyerah kalah dan penjajahan tentera Jepun di Malaya pun berakhir. Penjajahan Jepun, serta kekalahan British di Malaya, Belanda di Indonesia dan Amerika di Filipina telah mengakibatkan keunggulan kuasa barat telah hilang atau berkurangan. Kerajaan British sepatutnya melindungi Malaya berikutan dengan satu perjanjian telah ditandatangani dengan Raja-raja Melayu di mana British telah memberi jaminan untuk melindungi negeri-negeri Melayu sebagai balasan kepada pelbagai keistimewaan dan hak yang dinikmatinya. Namun, apabila tentera Jepun menyerang Malaya, pihak British tidak menyediakan pertahanan yang cukup yang mengakibatkan Malaya tewas dengan mudah. Walau bagaimanapun, penjajahan Jepun telah menimbulkan kesedaran politik penduduk tempatan dan apabila pihak British kembali ke Malaya, satu situasi baru telah muncul






Penubuhan Malayan Union




Pada bulan Oktober 1945, pihak British mengumumkan satu langkah berani bagi menamatkan cara pemerintahan secara tidak langsungnya dengan menyatukan kesemua negeri menjadi Kesatuan Malaya di bawah seorang Gabenor yang mempunyai kuasa eksekutif. Ia juga telah mencadangkan untuk memperkenalkan kewarganegaraan Malaya yang akan memberi hak sama rata kepada mereka yang mengakui Malaya sebagai tanah airnya.


Walaupun Pulau Pinang dan Melaka merupakan sebahagian daripada cadangan Kesatuan Malaya, ia tetap akan menjadi Jajahan British. Singapura juga akan menjadi jajahan yang berasingan. Kesatuan Malaya dan Singapura akan mempunyai Gabenor, Majlis Eksekutif dan Perundangan mereka sendiri.
Di bawah Kesatuan Malaya, Sultan-sultan Melayu akan menjadi Presiden Majlis Penasihat Melayu di negeri masing-masing, yang bertanggungjawab ke atas hal-hal keagamaan sahaja. Sultan-sultan Melayu dikehendaki menandatangani perjanjian baru yang akan memberikan kerajaan British kekuasaan mutlak di negeri mereka. Perlembagaan yang dicadangkan ini merupakan satu perubahan yang menyeluruh dalam dasar kerajaan British. Selama ini, Negeri-negeri Melayu tidak pernah menjadi wilayah British secara mutlak dan hanya merupakan negeri-negeri yang dilindungi British.


Pada bulan Oktober 1945, Sir Harold MacMicheal, wakil khas kerajaan British tiba di Kuala Lumpur bagi membincangkan perjanjian baru dengan Sultan Negeri-negeri Melayu. Walaupun membantah, pihak Sultan telah menandatangani perjanjian tersebut dan melepaskan hak kedaulatan dan kekuasaan mereka kepada Kerajaan British. Parti-parti politik dan persatuan-persatuan ditubuhkan di seluruh negara dengan tujuan menentang cadangan Kesatuan Malaya yang akan berkuatkuasa pada 1 April 1946 di mana sebuah pentadbiran kerajaan awam akan ditubuhkan.


Pada 1 March 1946 wakil-wakil daripada 41 persatuan dan pertubuhan Melayu telah membentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dato’ Onn Jaafar telah dilantik sebagai Presiden yang pertama dan orang-orang Melayu pada waktu itu buat pertama kalinya, menjadi lebih bersatu apabila memperjuangkan satu hala tuju yang dikongsi bersama. UMNO menjadi peneraju bagi penentangan orang Melayu terhadap Kesatuan Malaya. Perpaduan orang Melayu telah menjadi satu kuasa baru yang harus dihadapi oleh pihak British dan juga masyarakat Cina. UMNO seterusnya meluluskan satu resolusi yang mengisytiharkan bahawa perjanjian yang ditandatangani oleh para Sultan tidak lagi sah dan telah batal. Pada 31 Mac 1945, Pentadbiran Ketenteraan British dibubarkan secara rasminya.


Pada 1 April 1946, Kesatuan Malaya diwujudkan dan Sir Edward Gent telah dilantik sebagai Gabenor Kesatuan Malaya di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, UMNO telah menuntut agar Kesatuan Malaya dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Malaya. Persekutuan Malaya yang dicadangkan ini terdiri daripada 9 buah Negeri-negeri Melayu dan 2 buah negeri jajahan British. Ia juga mencadangkan agar seorang Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya seorang Gabenor, dilantik sebagai wakil Kerajaan British.
Cadangan tersebut juga menetapkan bahawa selain daripada orang Melayu, hanya generasi kedua orang Cina, India dan lain-lain bangsa yang berhak mendapat taraf kewarganegaraan persekutuan. Justeru, Kesatuan Malaya telah dibubarkan secara rasmi pada 31 Januari 1948.






Persekutuan Malaya



Persekutuan Malaya telah dibentuk bagi menggantikan Kesatuan Malaya setelah beberapa siri perbincangan diadakan di antara raja-raja Melayu, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan lain-lain pihak yang terlibat. Persekutuan yang baru ini terdiri daripada kesemua sembilan Negeri-negeri Melayu di Semenanjung, bersama Melaka dan Pulau Pinang. Persekutuan Malaya berada di bawah pentadbiran sebuah kerajaan persekutuan di Kuala Lumpur yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British.






Kemerdekaan Malaya




Pembubaran Kesatuan Malaya pada tahun 1948 telah memaksa pihak British untuk membuka jalan bagi kemerdekaan Persekutuan Malaya. Akibat daripada dua tekanan utama yang terdiri daripada peristiwa Darurat dan juga perkembangan pergerakan nasionalis Melayu iaitu UMNO, pihak British memperkenalkan sistem pilihanraya pada tahun 1951 di peringkat tempatan.


Masalah dalam mendapatkan kerjasama politik daripada kumpulan etnik utama di negara ini dalam memperjuangkan kemerdekaan berjaya diatasi dengan pembentukan pakatan di antara UMNO dan Persatuan Cina Malaya (MCA) dan kemudiannya disertai oleh Kongres India Malaya (MIC). Ketika pilihanraya persekutuan yang pertama diadakan pada tahun 1955, pakatan UMNO-MCA-MIC yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah memperolehi kemenangan yang besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Ketua Menteri pertama Persekutuan Malaya. Pakatan tersebut telah berjaya memaksa British untuk melepaskan kuasa pemerintahan mereka dan pada 31 Ogos tahun 1957, Persekutuan Malaya telah mencapai kemerdekaannya






Penubuhan Malaysia




Pada tahun 1955, Singapura telah diberikan kuasa pemerintahan dalaman di bawah Perlembagaan Rendel dan David Marshall telah dilantik menjadi Ketua Menterinya yang pertama. Pada tahun 1959, Singapura yang diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew, telah mendapat kuasa penuh untuk menubuhkan kerajaan sendiri. Di Sarawak pula, pilihanraya tempatan diperkenalkan pada tahun 1959.


Langkah pertama dalam penubuhan Malaysia bermula pada tahun 1961 apabila satu cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman. Cadangan ini secara amnya diterima oleh penduduk Malaya dan Singapura, tetapi menimbulkan rasa curiga di kalangan penduduk Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimanapun, cadangan tersebut dibantah oleh Filipina yang telah membuat tuntutan hak ke atas Sabah. Cadangan ini juga menerima tentangan dari Indonesia yang melihatnya sebagai satu langkah untuk menjajah Borneo oleh Sukarno dan Parti Komunis Indonesia.


Cadangan ini bagaimanapun mempunyai kesan langsung dalam mempercepatkan penggubalan perlembagaan di Sarawak, Sabah dan Brunei. Pilihanraya diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan di Sabah pada tahun 1962. Satu suruhanjaya kerjasama Inggeris-Malaya yang diketuai oleh bekas Gabenor Bank England, Lord Cobbold, telah melawat Sabah dan Sarawak pada tahun 1962 dan melaporkan bahawa kebanyakan negeri menyokong penubuhan Malaysia.
Walau bagaimanapun, tentangan yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963, yang turut melaporkan bahawa pandangan awam rata-rata menyokong penubuhan Malaysia.


Justeru, pada 16 September 1963, Malaysia telah secara rasminya dibentuk dan ia terdiri daripada Persekutuan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Brunei pula menolak usul untuk menyertai Malaysia. Namun, pada tahun 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan menjadi sebuah negera yang merdeka






Konfrontasi dengan Indonesia



Beberapa tahun selepas penubuhan Malaysia, satu konfrontasi ketenteraan telah berlaku di antara Malaysia dan Indonesia apabila Indonesia membuat serangan ke atas Semenanjung Malaysia dan sepanjang sempadan darat Sabah dan Sarawak. Konfrontasi tersebut berakhir pada tahun 1966 dengan termeterainya satu perjanjian di Bangkok, Thailand






Sistem Politik Malaysia




Sistem politik Malaysia adalah berdasarkan konsep Parlimen Raja Berperlembagaan dengan sebuah kerajaan persekutuan yang berlandaskan model Westminister British. British telah membina dasar bagi kerajaan persekutuan di Malaya pada tahun 1885 apabila mereka berjaya memperkenalkan konsep persekutuan dengan menggabungkan pentadbiran empat buah negeri Melayu iaitu Negeri Sembilan, Perak, Selangor dan Pahang di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Justeru, perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan kepada perlembagaan Persekutuan Malaya pada 31 Ogos 1957.


Apabila Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, perlembagaan Persekutuan Malaya yang sedia ada digunakan dengan sedikit pindaan dibuat bagi membolehkan kemasukan Sabah dan Sarawak






Peristiwa 13 Mei 1969




Semenjak merdeka, Malaysia diperintah oleh sebuah Pakatan yang kemudiannya dikenali sebagai Barisan Nasional pada tahun 1971. Barisan Nasional merupakan satu gabungan parti-parti politik yang telah mendapat majoriti dalam Parlimen sepanjang sembilan pilihanraya yang diadakan sejak kemerdekaan Malaysia.


Namun, pada tahun 1969, buat pertama kalinya gabungan ini gagal mempertahankan majoriti dua pertiganya. Tekanan perkauman telah mengakibatkan rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Peristiwa ini telah membawa kepada penubuhan kerajaan darurat yang dikenali sebagai Majlis Gerakan Negara. Tun Razak telah dilantik sebagai Pengarah Operasi di bawah Akta Perintah Darurat selama 22 bulan sehingga perintah Darurat dibubarkan dan Parlimen dipulihkan pada 22 September 1970. Semenjak peristiwa tersebut, sasaran utama Kerajaan merupakan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang digubal untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira bangsa dan juga untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi






1970-an




Tun Abdul Razak mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri setelah persaraan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj pada 22 September 1970. Perkembangan ekonomi yang dicapai pada tahun 1970an membolehkan pentadbiran Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, yang mengambil alih selepas kematian Tun Abdul Razak pada tahun 1976, mencapai tahap kemajuan yang membanggakan. Malaysia juga telah menggubal polisi luar negara yang lebih terbuka yang membawa kepada pembentukan Asean pada tahun 1967. Malaysia juga mengiktiraf negara komunis China pada tahun 1974 dan meletakkan Negara bersama negara-negara berkecuali dari dunia ketiga.


Dasar Ekonomi Baru telah diberi nafas baru di bawah teraju Tun Hussein Onn. Skim Amanah Saham Nasional mula diperkenalkan untuk membolehkan golongan bumiputera melabur di dalam pasaran saham. Saham Amanah tersebut diuruskan oleh Permodalan Nasional Berhad






1980-an




Tahun 1980an telah membawa arah baru dalam arena politik dan cabaran ekonomi. Dato Seri Dr Mahathir Mohamad yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Hussein Onn pada 17 Julai 1981 telah mengambil langkah berani dengan mengembangkan dasar ekonomi dalam bidang industri berat seperti pelaksanaan projek kereta nasional, penapisan minyak dan perusahaan besi.


Perusahaan Kereta Nasional
Pada mulanya projek kereta nasional dijalankan secara usahasama di antara Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON), HICOM Berhad, Mitsubishi Motors Corporation dan Mitsubishi Corporation. Pada 9 Julai 1985, kereta Proton Saga yang pertama telah dikeluarkan. Kereta Proton telah mencapai tahap jualan paling laris dalam pasaran kereta penumpang di Malaysia dan juga di luar negara sejak tahun 1990