Friday, December 7, 2007

MODUL KHIDMAT KOMUNITI

Modul Khidmat Komuniti adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan semangat kesukarelaan di kalangan peserta. Para peserta mempelajari melalui pengalaman di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam sekitar, kemudahan awam dan penempatan di agensi kerajaan. Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema-tema tersebut, mengenalpasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja pembaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain. Bagi tema kejiranan, perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga atau penduduk di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, ladang, rumah panjang, rumah pangsa, kampung orang asli, FELDA dan lain-lain. Sumbangan kerja sukarela dalam perkhidmatan sosial meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institusi, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan. Bagi alam sekitar pula, peserta membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya. Kerja sukarela juga dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan, tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain. Penempatan di agensi kerajaan adalah untuk mendedahkan kepada pelatih tentang peranan agensi untuk pembangunan negara dan peluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan misi agensi-agensi tersebut.

1 comment:

tasatra said...

Jati diri perlu ditekankan. Salam