Saturday, January 17, 2009

Wira tak di dendang..

Salam hormat dan salam warisan perjuangan. Semoga kalian semua berada dalam keadaan baik dan di rahmati hendakNya. Kami di barisan Trainers Team mengucapkan syabas dan tahniah kepada anda semua atas perlantikan sebagai Penolong Pegawai Kesatria (PPKs27), disini, tiada yang lebih bermakna selain sumbangan yang sentiasa di curahkan demi nusa dan bangsa. Teruskan wadah kita dengan api semangat perjuangan dan kekitaan.. Taburkan benih-benih perpaduan, semaikan tunas-tunas bakti dan siramilah dengan kasih dan cinta negara dalam jiwa anak Malaysia yang luhur dan bersih ini agar tuaian patriotisma kelak sentiasa bersinar. Trainers Team juga mengucapkan tahniah kepada Brader Jamal walaupun sibuk dengan komitmen beliau, namun idea dan singgahan beliau dalam laman MKN/KK amatlah di alukan dan diucapkan jutaan terima kasih, moga jarak yang memisahkan Trainers Team dengan beliau bukan penghalang untuk kita sama-sama terus berbakti demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Izinkan Trainers Team memperkenalkan Brader Jamal kepada semua pembaca terutama Jurulatih MKN/KK yang baru (2007/08), Brader Jamal (BJ) adalah antara Senior dalam PLKN dan barisan Fasi selain En Normi, En Rasid, Mak Chaq, Mama, dan nama-nama mereka tidak asing lagi dalam diri Trainers Team kerana merekalah Trainers Team berada di sini. BJ juga antara pengasas blog ini bersama En Halimi Halil dan atas inisiatif dan dedikasi mereka juga blog ini wujud dan membolehkan Trainers Team mencoretkan bahan-bahan ilmiah dan perkongsian kepada semua. Trainers Team juga merakamkan jutaan tahniah kepada Urusetia En Nebson Randy yang kini telah menjadi Personal Assistant kepada Yang Berhormat Dato' Pengerusi MLKN. Walaupun penghijrahan beliau ke Majlis latihan Khidmat Negara suatu yang lebih mencabar namun Trainers Team amat merasakan suatu kehilangan seorang urusetia yang profesional dalam tugasan, mesra dan komited terhadap tugas. Trainers Team juga percaya, atas kobolehan dan kecekapan beliau itulah amanah dan tanggungjawab lebih besar yang harus dipikul dengan baik oleh beliau, kami barisan Trainers Team mendoakan agar segala urusan dan tugas dilaksanakan dengan baik. Banyak juga rakan - rakan yang berjuang dalam PLKN telah berhijrah antaranya bekas - bekas Jurulatih yang dulunya - kini sudah bergelar Cikgu di sekolah - sekolah Kementerian Pelajaran. Trainers Team juga percaya, atas kebolehan dan kecekapan mereka (jurulatih) inilah telah menjadikan mereka terbaik. Semoga mereka meneruskan sumbangan bakti kepada anak bangsa. Akhir sekali, Trainers Team mengucapkan syabas, tahniah dan salam rindu kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menyumbang dalam PLKN. Nama-nama yang sentiasa Trainers Team pahatkan sebagai ingatan En Normi, En Rasid, Mak Chaq, Mama, Kak Liza, Hj Ariff, En Jai, BJ, KZ, Jazz dan lain lagi.. Semoga lagi. Salam Ikhlas. Trainers Team.

2 comments:

Jamaludin Ayub said...

assalamualaikum.
salam khidmat negara..
pertama tama bj uncapkan tahniah diatas komitmen anda semua yang masih setia berkhidmat untuk plkn.
Sebagai orang luar plkn, BJ ingin berkongsi pendapat menurut kacamata masyarakat umum mengenai plkn yang agak terkini..
1. Kualiti Jurulatih hendaklah terus digilap dan dinaiktarafkan dengan pengiktirafan yang lebih baik. Contohnya semua jurulatih plkn dihantar untuk mendapatkan sijil asas kaunseling yang mana kursusnya ditawarkan oleh Institut Sosial Malaysia ( BJ pernah bercakap dengan org ISM dan mereka setuju nak bantu - folloup perkembangan dengan Cikgu Kay - tasoh ). Untuk makluman : Hajah Meriam ( kak yam ) dah selamat mendapatkan Master In kaunseling katUUM.

2. Adakan kursus kepimpinan dan pengurusan konflik untuk Timbalan Komandan dan Ketua Jurulatih.

3. Modul kenegaraan khususnya hendaklah di perbaiki dan diubahsuai untuk memenuhi situasi ekonomi, politik, sosial dan budaya masa kini..

4. memasukkan input wawasan 2020 secara lebih detail dalam modul kenegaraan memandangkan tempoh masa wawasan ini semakin hampir..

itu sahaja untuk kali ini...
chaw..

Blog Modul Kenegaraan & Khidmat Komuniti said...

Tq, atas cadangan BJ, MT sentiasa sedaya upaya mencari ruan dan ruang untuk memantapkan lagi MKN/KK