Monday, September 8, 2008

Bengkel Fasi, Pengisian Dengan Harapan


Baru baru ini, beberapa orang fasilitator dijemput menyertai bengkel pengisian untuk Bengkel Fasilitator Modul Kenegaraan yang tujuan utamanya adalah mengambil pelapis - pelapis fasilitator yang bakal merencanakan modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti untuk bakal Jurulatih kelak. Pengisian yang diadakan di Kem Terkok Sg Siput pada 05hb-8hb Julai begitu asyik di kalangan Fasilitator manakan tidak, keindahan alam sekitar di kem tersebut membuatkan kami terasa tenteram dan segala apa yang dirancangkan berjalan seperti dirancang. Namun bukanlah suasana yang kami harapkan, tetapi apa yang lebih penting di sini adalah apakah pengisian yang boleh kami harapkan semasa bengkel Fasilitor berlangsung? macam2 kajian, penyelidikan dilakukan sepanjang tempoh 4 hari berlangsung.. apapun Alhamdulillah, semua berlaku apa yang di rancang. Cuma kami di barisan Fasi mengharapkan apa yang dirancang akan jadi Kenyataan apabila Bengkel Fasilitator di jalankan.
Kepada Ketua Penyelaras Mej Roslan B Al Mustafa TUDM, Kami di barisan Fasilitator mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi ruang dan peluang serta kepercayaan yang tinggi kepada kami. Tahniah juga kepada barisan fasi.

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum, samal sejahtera dan salam khidmat negara...

saya nak tahu, apakah qualification utk jd FC???sy berminat sangat,juz mybe perlu lebih bersedia terlebih dahulu..


azlanollah
rc tanaki