Friday, December 21, 2007

TEKNIK PENGENDALIAN LDK

LDK
Adalah singkatan bagi 'Latihan Dalam Kumpulan' di mana beberapa individu dengan pelbagai personaliti duduk bersama membentuk satu kumpulan. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, setiap individu akan mempertontonkan suatu gabungan interaksi, tingkah laku dan perlakuan dalam mencapai matlamat suatu latihan atau aktiviti. Ahli kumpulan akan mengenali antara satu sama lain dan mengenalpasti nilai-nilai positif yang harus dikikis dan seterusnya membina nilai-nilai positif dan ini merupakan suatu proses percetusan kesedaran diri ke arah perubahan diri yang berterusan. Fasilitator bertindak sebagai pemangkin dalam mencapai matlamat suatu latihan.

Matlamat LDK

i) Untuk memupuk semangat perpaduan dan kerjasama antara ahli-ahli kumpulan.
ii) Untuk membina individu yang mempunyai keyakinan diri dan boleh mengetengahkan
cadangan dan seterusnya berani membuat keputusan.
iii) Untuk menggalakkan sikap sukaberinteraksi atau berkomunikasi bagi melahirkan
masyarakat yang benar-benar saling memahami antara satu sama lain.
iv) Untuk melahirkan manusia yang mempunyai sikap positif seperti bermotivasi, analitikal,
berobjektif dalam membuat sesuatu dan kritikal

STRUKTUR PENGENDALIAN LDK UNTUK MODUL KENEGARAAN

BAHAGIAN A : AKTIVITI
  • Jurulatih memulai LDK dengan sedikit refleksi mengenai LDK terdahulu dan membina minat dan fokus pelatih
  • Jurulatih memberikan arahan prosedur aktiviti dengan jelas, menepati kehendak modul dan dapat difahami oleh Pelatih
  • Jurulatih memantau pelaksanaan aktiviti oleh pelatih dengan menampilkan sikap prihatin, mesra pelatih, memberikan penerangan lanjut yang sesuai serta membuat cacatan jika perlu.
  • Jurulatih menyelia kesemua keperluan aktiviti seperti pembentangan, sessi soal jawab dan sebagainya jika ada dengan baik dan terkawal.

BAHAGIAN B : PROSES PERKONGSIAN

( PERKONGSIAN TERHADAP AKTIVITI YANG TELAH DIJALANKAN )

  • Jurulatih menjalankan proses perkongsian oleh pelatih hasil daripada aktiviti yang telah dijalankan. Perkongsian menyentuh kepada perasaan yang dirasai, pengalaman yang diperolehi serta pendapat pelatih terhadap aktiviti yang dijalankan. Peluang diberikan kepada seramai mungkin pelatih berkongsi.
  • Jurulatih sebaiknya mengingati ( atau mencatat kata kunci ) bagi maklumbalas yang diberikan pelatih untuk diteroka dalam proses seterusnya.

( PERKONGSIAN TRHADAP KEHIDUPAN SEHARIAN.)

  • Maklumbalas yang diperolehi samada perasaan, pengalaman dan pendapat daripada aktiviti akan diteroka oleh Jurulatih dengan membuat perkaitan terhadap kehidupan seharian pelatih.
  • Contoh : Pelatih menyatakan rasa kagum dengan hasil ciptaan yang telah kumpulan mereka sediakan. Jurulatih mendorong pelatih terus berkongsi cerita mengenai pengalaman kehidupan mereka yangmana mereka pernah juga merasa kagum atas sesuatu hasil kerja seperti projek lanskap, pertukangan, dsb. Bukan seorang aje pelatih bercerita, beri peluang pelatih pelatih lain bercerita tentang pengalaman masing masing dalam maksud yang sama.
  • Setiap isu/motif/perkara yang menjadi perkongsian cerita, jurulatih hendaklah mengemukakan persoalan untuk mendapatkan pendapat pelatih - apa kesan kepada negara bagi kisah kehidupan yang diceritakan ? Tentu ada kesan baik dan kesan buruk.
  • Jurulatih perlulah pandai untuk melihatkan dan menampakkan kesedaran bagaimana pengalaman kehidupan seharian akan memberi kesan kepada negara. Atau dalam maksud lain ianya membina tamadun sesuatu bangsa negara itu.
  • Proses berkongsi ini tidak tertakluk kepada satu isu sahaja, isu isu yang relevan dengan objektif LDK boleh dibawa kedalam perbincangan. Jurulatih yang baik akan memastikan bahawa isu isu tidak berulangan bagi LDK LDK yang berlainan.
  • Sebaiknya jurulatih mempunyai garispanduan isu isu perkongsian pengalaman hidup yang hendak dibincangkan bagi setiap LDK.

( PERKONGSIAN BERKAITAN KONSEP ATAU TEMA SESUATU LDK )

  • Setiap LDK mempunyai mesej secara tersurat atau tersirat untuk dikupas dan dibincangkan oleh pelatih yang berkaitan dengan pembinaan negara ( Nation Building ).
  • Bahagian ini, Jurulatih perlu mahir dan berpengetahuan untuk membawa tema atau isu isu semasa negara yang termaktub di bawah KONSEP untuk dibincangkan.
  • Isu Isu semasa sangat kritikal dan penting untuk melihat sejauh mana keupayaan pelatih berbincang tentang kepentingan kenegaraan dan patriotik.
  • Jurulatih hendaklah memastikan setiap perbincangaan menjurus kepada objektif LDK. Kesimpulan kecil yang dibuat juga akan meningkatkan semangat patriotik pelatih -
    ·

BAHAGIAN C : RUMUSAN

  • Sebelum jurulatih membuat rumusan besar kepada LDK yang dijalankan seeloknya jurulatih mendapatkan sedikit pandangan dan pendapat daripada pelatih tentang apakah kesedaran dan nilai yang telah mereka perolehi.
  • Jurulatih menyatakan objektif LDK yang sebenarnya dengan berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan, hasil hasil pendapat dan pandangan pelatih daripada perkongsian samada perkongsian mengenai aktiviti, kehidupan seharian dan perbincangan dalam isu isu semasa kenegaraan.
  • Jurulatih yang berkesan dapat menyedarkan bahawa LDK yang dilalui telah memberikan satu pengalaman baru, pengetahuan, kesedaran dan meningkatkan iltizam mereka untuk berbakti kepada Negara.
  • Semangat patriotik pelatih semakin bertambah mantap hasil daripada LDK.

Monday, December 10, 2007

KURSUS TOT DI KEM PRINCES HALIZA, SEPANG

KURSUS TOT DI KEM SERI PERKASA, MANTIN, NEGERI SEMBILAN

ALAMAT BARISAN FASILITATOR

Tentunya barisan fasilitator yang mengendalikan Kursus TOT, RC dan KJ/TKJ semakin dilupai hari demi hari...ayuh sahabat warisan seperjuangan, suburkan kembali ikatan persahabatan kita..berhubunglah walau sekadar sebaris sms atau email yang percuma itu...

KURSUS RC DI KEM PLKN SERI PERKASA, MANTIN, NEGERI SEMBILAN

Sesiapa yang mempunyai senarai nama, alamat, no talipon dan email bekas peserta Kursus RC di Kem PLKN Seri Perkasa, Mantin, Negeri Sembilan sila hantar ke ruangan ini. Thanks

KURSUS TOT DI KEM GARDENIA, KEDAH

Sesiapa yang mempunyai senarai nama, alamat, no talipon dan email bekas peserta Kursus TOT di Kem PLKN Gardenia, Kedah sila hantar ke ruangan ini. Thanks.

KURSUS TOT CANCUN PARK / BATU JONG, KELANTAN, 2006

KURSUS TOT PAPAR, SABAH 2006

Kursus telah diadakan di Kem Wawasan Kg Ovai, Papar, Sabah

Friday, December 7, 2007

KERJAYA KEJURULATIHAN

Kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk terlibat di dalam menjayakan Modul Kenegaraan & Khidmat Komuniti, Anda boleh mengisi borang permohonan jurulatih yang boleh diperolehi dari JLKN atau website khidmatnegara.gov.my. Setelah melalui proses temuduga, anda akan dikehendaki menghadiri Kursus Untuk Jurulatih selamat 2 minggu sebelum layak dilantik. Setelah dilantik, anda akan ditempatkan di kem kem PLKN seluruh negara yang bersesuaian dengan lokasi kediaman anda. Peluang kerjaya tidak terhendi disini, anda berpeluang untuk dilantik sebagai Timbalan Ketua Jurulatih, Ketua Jurulatih jika terdapat kekosongan. Selain itu, anda akan ditawarkan untuk mengikuti Kursus Ulangkaji Jurulatih dan seterusnya Kursus Ketua Jurulatih dan Timbalan Ketua Jurulatih. kepada sesiapa yang telah menampilkan kecemerlangan dan kebolehan yang bersesuai, peluang untuk dilantik sebagai Fasilitator juga adalah terbuka. Akhir sekali, dikalangan fasilitator yang dilantik, peluang sebagai Master Trainer Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti diberikan kepada mereka yang mempunyai kepakaran yang berkaitan menurut justifikasi JLKN. SELAMAT BERKERJAYA - braderjamal

MODUL KHIDMAT KOMUNITI

Modul Khidmat Komuniti adalah sebuah modul yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan semangat kesukarelaan di kalangan peserta. Para peserta mempelajari melalui pengalaman di kawasan kejiranan, dalam kerja perkhidmatan sosial, alam sekitar, kemudahan awam dan penempatan di agensi kerajaan. Aktiviti sukarela yang dijalankan adalah seperti mengkaji keadaan di lokasi tema-tema tersebut, mengenalpasti masalah yang ada, memberi cadangan, membuat kerja pembaikan, pembersihan, penceriaan, pengindahan dan lain-lain. Bagi tema kejiranan, perkhidmatan sukarela dilaksanakan untuk keluarga atau penduduk di kawasan perumahan, kampung, kampung baru, ladang, rumah panjang, rumah pangsa, kampung orang asli, FELDA dan lain-lain. Sumbangan kerja sukarela dalam perkhidmatan sosial meliputi aspek kesihatan, pendidikan, kebajikan, perumahan dan sebagainya dalam organisasi, institusi, pertubuhan kerajaan ataupun badan bukan kerajaan. Bagi alam sekitar pula, peserta membantu memelihara alam sekitar termasuklah hutan, sungai, kawasan pertanian, penternakan, perindustrian, pantai dan sebagainya. Kerja sukarela juga dilakukan ke atas kemudahan awam yang disediakan seperti taman rekreasi, pasar, stesen bas, keretapi, perpustakaan, lif, taman permainan, tandas awam, pondok telefon, dewan orang ramai dan lain-lain. Penempatan di agensi kerajaan adalah untuk mendedahkan kepada pelatih tentang peranan agensi untuk pembangunan negara dan peluang bagi pelatih memberikan perkhidmatan sukarela bagi menjayakan misi agensi-agensi tersebut.