Sunday, May 2, 2010

JUTAAN TERIMA KASIH.


Mej Roslan B Al Mustafa (TUDM) telah menamatkan khidmat beliau di Bahagian Pembangunan Latihan, Jabatan Latihan Khidmat Negara sebagai Penolong Pengarah / Ketua Cawangan Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti pada April yang lalu. Sebelum beliau mengambil alih tugas di Cawangan Modul Kenegaraan, beliau telah menyumbang bakti di Cawangan Pembinaan Karakter. Selama 4 tahun beliau menyumbang keringat, tenaga dan masa demi kelangsungan modul dan pembinaan sahsiah Jurulatih sendiri. Beliau seorang pegawai yang amat berdedikasi, mengutamakan ketepatan waktu dalam segala hal dan pegawai yang komited kearah visi yang disasarkan. Secara keseluruhan, Modul Kenegaraan dan Khidmat Komuniti telah melalui anjakan yang positif dalam sistem penyampaian yang efisen dan menyeluruh. Dengan berbekalkan keazaman dan meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap pasukan membuatkan beliau amat disegani oleh semua Jurulatih. Semoga Mej Roslan sentiasa sihat dan berjaya di tempat baru.

Friday, April 9, 2010

Kursus Bina Negara



Seramai 66 orang terpilih menyertai kursus Bina Negara Asas Birokrat Jabatan Latihan Khidmat Negara. Kursus ini telah diadakan di kem Damai Resort, Besut Terengganu. Tujuan Kursus ini diadakan sebagai memberi maklumat berkaitan Negara kepada Jurulatih - jurulatih Modul kenegaraan oleh sumber yang sahih.
Pelbagai aktiviti diatur sempurna mungkin seperti LDK, Kembara, Tazkirah dan riadah.
Terima Kasih kepada semua Fasilitator yang terlibat.
Kursus seperti in amat bermakna kepada semua peserta. moga usaha murni ini dapat diteruskan dari masa ke semasa.

Wednesday, March 31, 2010

SESI PERCAMBAHAN FIKIRAN DAN PEMANTAPAN PLKN.


Sesi ini telah diadakan pada 1hb November 2009 bertempat di Hotel Awana, Genting Highland dan dipengerusikan oleh YB Dato' Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara.
Dalam sesi ini juga dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi Jabatan Latihan Khidmat Negara, Panel-Panel yang dijemput dan beberapa Fasilitator.

Friday, July 24, 2009

Seminar ESQ 165 Angkatan Pertama


Salam sejahtera semua, sekian kali kita menjengah semula setelah lama tidak mencoretkan berita buat kalian rakan pengunjung. sebenarnya Tahun ini merupakan tahun cabaran bagi kami di Trainers Team, Cabarannya bukan apa, banyak event, training yang dirancangkan perlu dilaksanakan. tambahan pula, kursus latihan pada kali ini diuruskan oleh semua yang berada dalam sistem JLKN, banyaklah yang perlu Trainers Team yang baru kena 'catch up'. Namun ini bukanlah suatu halangan dalam menguruskan latihan, hanya pengalaman yang dapat memberi panduan dalam mengurus latihan, kepada Trainers Team yang baru, syabas dan tunjukkan komitmen jitu.
Pada 23-27 Jun 2009, satu seminar ESQ diadakan anjuran JLKN. Kursus ini merupakan satu lonjakkan dan penyuntik semangat peserta yang dihadiri oleh semua Komandan Kem, Fasilitator dan Ketua Jurulatih di Seremban. Kursus yang dikendalikan ESQ Leadership Center membawakan Kader Kanan kepada Pengasas ESQ sendiri Pak Legisan Sugimin. Apapun semua peserta amat berterima kasih kepada JLKN terutama Bahagian Pembangunan Latihan kerana memberi ruang merasai pengalaman sepanjang kursus ini.

Saturday, January 17, 2009

Wira tak di dendang..

Salam hormat dan salam warisan perjuangan. Semoga kalian semua berada dalam keadaan baik dan di rahmati hendakNya. Kami di barisan Trainers Team mengucapkan syabas dan tahniah kepada anda semua atas perlantikan sebagai Penolong Pegawai Kesatria (PPKs27), disini, tiada yang lebih bermakna selain sumbangan yang sentiasa di curahkan demi nusa dan bangsa. Teruskan wadah kita dengan api semangat perjuangan dan kekitaan.. Taburkan benih-benih perpaduan, semaikan tunas-tunas bakti dan siramilah dengan kasih dan cinta negara dalam jiwa anak Malaysia yang luhur dan bersih ini agar tuaian patriotisma kelak sentiasa bersinar. Trainers Team juga mengucapkan tahniah kepada Brader Jamal walaupun sibuk dengan komitmen beliau, namun idea dan singgahan beliau dalam laman MKN/KK amatlah di alukan dan diucapkan jutaan terima kasih, moga jarak yang memisahkan Trainers Team dengan beliau bukan penghalang untuk kita sama-sama terus berbakti demi agama, bangsa dan negara tercinta ini. Izinkan Trainers Team memperkenalkan Brader Jamal kepada semua pembaca terutama Jurulatih MKN/KK yang baru (2007/08), Brader Jamal (BJ) adalah antara Senior dalam PLKN dan barisan Fasi selain En Normi, En Rasid, Mak Chaq, Mama, dan nama-nama mereka tidak asing lagi dalam diri Trainers Team kerana merekalah Trainers Team berada di sini. BJ juga antara pengasas blog ini bersama En Halimi Halil dan atas inisiatif dan dedikasi mereka juga blog ini wujud dan membolehkan Trainers Team mencoretkan bahan-bahan ilmiah dan perkongsian kepada semua. Trainers Team juga merakamkan jutaan tahniah kepada Urusetia En Nebson Randy yang kini telah menjadi Personal Assistant kepada Yang Berhormat Dato' Pengerusi MLKN. Walaupun penghijrahan beliau ke Majlis latihan Khidmat Negara suatu yang lebih mencabar namun Trainers Team amat merasakan suatu kehilangan seorang urusetia yang profesional dalam tugasan, mesra dan komited terhadap tugas. Trainers Team juga percaya, atas kobolehan dan kecekapan beliau itulah amanah dan tanggungjawab lebih besar yang harus dipikul dengan baik oleh beliau, kami barisan Trainers Team mendoakan agar segala urusan dan tugas dilaksanakan dengan baik. Banyak juga rakan - rakan yang berjuang dalam PLKN telah berhijrah antaranya bekas - bekas Jurulatih yang dulunya - kini sudah bergelar Cikgu di sekolah - sekolah Kementerian Pelajaran. Trainers Team juga percaya, atas kebolehan dan kecekapan mereka (jurulatih) inilah telah menjadikan mereka terbaik. Semoga mereka meneruskan sumbangan bakti kepada anak bangsa. Akhir sekali, Trainers Team mengucapkan syabas, tahniah dan salam rindu kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang telah menyumbang dalam PLKN. Nama-nama yang sentiasa Trainers Team pahatkan sebagai ingatan En Normi, En Rasid, Mak Chaq, Mama, Kak Liza, Hj Ariff, En Jai, BJ, KZ, Jazz dan lain lagi.. Semoga lagi. Salam Ikhlas. Trainers Team.

Tuesday, January 6, 2009

SALAM PERJUANGAN

Program Latihan Khidmat Negara untuk siri berikutnya terus subur dan dilaksankan untuk tahun 2009 ini. Kepada semua pejuang pejuang warisan anak bangsa...teruskan bakti kalian. Para jurulatih modul kenegaran dan khidmat komuniti, andalah segelintir pejuang negara masakini yang beriltizam untuk membangunkan anak bangsa..menanam semangat patriotik membentuk jiwa merdeka....

salam perjuangan dari braderjamal.

Sunday, November 23, 2008

TOT Di Bawah Bayu.






Baru-baru ini, Kursus Training Of Trainers telah diadakan di Kem Sinar Jaya Kota Belud, Sabah. Peserta seramai 35 orang terdiri daripada 9 lelaki dan 26 perempuan telah menamatkan kursus ini dengan jayanya. Kursus ini telah memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta tentang kemahiran serta pengetahuan untuk menjadi seorang jurulatih MKN/KK.


Selama 12 hari berkursus, peserta telah diberi latihan amali dan praktikal seperti kefahaman LDK dan penguasaan KMM, Khidmat Komuniti, Pengucapan Awam, Team Building dan pemantapan jatidiri. Disini, apa yang boleh dibanggakan adalah semangat dan ketekunan yang telah ditunjukkan oleh peserta sepanjang kursus ini berlangsung.

Semoga ilmu yang ditimba bersama menjadi pegangan selamanya.
Terima kasih juga diucapkan kepada Fasilitator En Normi (KF), En Tarence Amandus (TKF), Pn Fauziah (S/U), En Dean dan En Hamzah serta dua orang urusetia yang sentiasa komited terhadap kursus ini Cik Nurol dan En Nebson.
Kepada Peserta, Trainers Team mengucapkan selamat maju jaya.

Tuesday, October 14, 2008

PLKN siri 6/2009, Persediaan, Pengukuhan dan Harapan..

Salam sejahtera buat semua jurulatih.
  1. Pertama sekali, Trainers Team mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri kepada semua jurulatih. Semoga lebaran kali ini dapat memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita dengan mengunjung serta saling ziarah menziarahi antara kita sempena ketibaan bulan yang penuh rahmat ini sekaligus meningkatkan lagi ikatan perpaduan antara kita yang sentiasa terjalin sejak dulu lagi.
  2. Yang keduanya, Trainers Team ingin merakamkan tahniah kepada semua Jurulatih yang telah menjayakan PLKN Siri 5/2008 dengan jayanya. Dan PLKN ini juga menjadi titik sejarah kerana kita semua dapat meraikan bulan Ramadhan di kem pada penghujung kumpulan 3 yang lalu dan ini mungkin membuatkan kita semua berasa seronok dapat menjalani ibadah puasa bersama, berterawih, tadarus Al Quran dan melakukan amalan-amalan yang mendatangkan kebaikan di bulan yang mulia ini.
  3. Trainers Team juga berasa bangga kerana ramai di antara jurulatih telah dilantik ke jawatan kontrak, janganlah pula ini dijadikan platform sebagai anda tidak perlu lakukan apa-apa tetapi ini merupakan suatu amanah yang telah dipertanggungjawabkan untuk anda bagi mencari kaedah dan cara yang berkesan untuk memperkasakan diri anda dalam arena PLKN agar falsafah utama perlaksanaan PLKN ini sentiasa diutamakan.
  4. Selepas Aidilfitri, kita semua akan kembali bekerja, melakukan rutin sebagai penjawat awam, namun bezanya cuma kita tidak melakukan sesi pengajaran kerana kita tidak mempunyai kemasukan pelatih lagi. Difahamkan kemasukan pelatih siri 6/2009 akan bermula pada akhir Disember 2008.
  5. Oleh yang demikian, kita mempunyai banyak masa yang terluang, namun bagaimana tugas kita sebagai jurulatih menggunakan masa yang terluang ini?
  6. Pada hemat Trainers Team, waktu ini adalah waktu yang terbaik untuk melakukan ulangkaji bagi modul masing-masing. Terutama latihan In house training di dalam kem. Anda boleh bekerjasama dengan jurulatih modul lain dengan berkongsi ilmu berkaitan multi-skills dan begitu juga mereka. Gunakanlah waktu ini untuk berkongsi dan merasai pengalaman dengan ilmu-ilmu baru.
  7. Bagaimana untuk melakukan in house training? kami tidak mempunyai satu arahan dan sistem untuk melaksanakannya.. mungkin ini bermain di minda anda.
  8. Baiklah, pada hemat Trainers Team, adalah baik kita merancang fasa-fasa yang mengikut blok masa, sebagai contoh untuk Modul Pembinaan Karekter anda boleh melakukan semakan terhadap peralatan agar semua dalam keadaan yang baik dan membuat demanding untuk kemasukan kumpulan hadapan bagi fasa yang pertama.
  9. Untuk fasa yang kedua, anda boleh bekerjasama membuat carta-carta pengajaran dengan cemerlang, ini merupakan kaedah supaya dapat di standardise kan tiap kelas dan fasa ketiga apabila siap semua perkara mekanial barulah anda boleh lakukan latihan pengajaran atau training among trainer agar disini dapat melihat kembali kemahiran dan persiapan anda secara keseluruhan.
  10. Bagaimana pula modul Kenegaraan? Selepas selesai kesemua fasa dalam MPK, disini anda boleh merancang fasa perlaksanaan dalam Modul Kengaraan.
  11. Pada hemat Trainers Team, agak rumit untuk dijalankan LDK tanpa isu-isu baru yang berkait rapat dengan Konsep Negara (DKRT), Cabaran-cabaran negara kerana mungkin antara kita tidak didedahkan atau sikap kita yang memang tidak mengendahkan. Oops, awas! nanti anda dinilai oleh pelatih yang sudah makin genius.!
  12. Oleh yang demikian, disini disarankan pembahagian kumpulan jurulatih mengikut konsep Negara dan objektifnya, sebagai contoh konsep negara mengandungi 7 konsep. Jadi buat pecahan mengikut konsep. Jika kumpulan wujud, tugas kumpulan ini adalah mencari isu-isu berkaitan konsep. Isu -isu ini mestilah benar-benar ada rujukan! jangan mereka-reka, ambilah sedikit masa buat research dari pelbagai sumber.
  13. Jika research ini siap, mestilah ada pembentangan. Ingat kumpulan lain tidak sama tugasan! jadi pentingnya pembentangan ala-ala tutorial.(gunalah apa cara penyampaian pun..) Selepas itu, langkah seterusnya adalah menganalisa setiap isu-isu semasa tersebut untuk dipadankan dengan objektif setiap LDK.
  14. Setelah semuanya selesai, disini bolehlah didokumentasikan untuk diberikan kepada Jurulatih. (senangkan, tugas2 jurulatih MKN?), tetapi ingat anda semua, perjalanan kita masih jauh, apa pula selepas ini?
  15. Ya, fasa seterusnya barulah in house training atau training among trainers. Lakukan LDK dengan versi dewasa dan bukannya remaja atau kanak. atau seperti lakonan! (ini kerana pelatih akan lebih selesa bila dilayan seperti orang dewasa!).
  16. Tujuan LDK ini adalah untuk mempraktikkan KMM, sebab itu LDK ini perlu dilakukan versi yang sebenar kerana KMM ini terbentuk tindakan semulajadi (natural ) dan biasa kita semua amalkan dalam kehidupan.
  17. Ini hanyalah pendapat dari Trainers Team yang ingin dikongsi kerana Trainers Team lakukannya melalui pengalaman-pengalaman Trainers Team sebagai Fasilitator di pelbagai organisasi.
  18. Akhir sekali, Trainers Team ingin mengajak anda semua sebagai jurulatih, jangan letakkan diri anda sebagai jurulatih sahaja, anggaplah diri anda sebagai pendakwah yang menyeru kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran, anggaplah diri anda sebagai doktor yang bukan mengubat pesakit tetapi mengubat penyakit sosial. Anggaplah diri anda sebagai Saintis yang boleh mencipta vaksin yang mencegah penyakit sosial ini dari berlaku. Anggaplah diri anda ini sebagai arkitek yang bukan bina bangunan teguh, tetapi arkitek yang bina jati diri mantap untuk bangsa. Anggaplah diri anda sebagai seorang pencuci lantai yang bukan mengilatkan lantai tetapi mengilatkan sahsiah dan diri remaja. Jika ini semua anda lakukan nescaya bukan sahaja ganjaran dunia anda dapat bahkan ganjaran akhirat sedang menanti anda.
  19. Sebelum anda memantapkan orang lain, dengan siapa anda perlu mantapkan? Ya, diri ANDA!
  20. "Apabila matinya anak Adam, semua amalan, harta dan perkara di tinggalkan kecuali 3 amalan yang di bawanya iaitu; Sedekah Jariah, Ilmu yang bermanfaat yang digunakan serta diamalkan oleh orang lain dan doa dari anak yang soleh". - maksud hadis
  21. Sekurang kurangnya anda lakukan perkara no 2 tersebut..
  22. Salam hormat.

Friday, September 12, 2008

SALAM RAMADHAN DAN AIDILFITRI

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
IKHLAS DARIPADA
MKN/KK TRAINERS TEAM